Header Ads

Kenyataan Media Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) Malaysia

PERKASA mahu tahu kenapa dan apakah agenda YB Tan Sri Annuar Musa bermati-matian memperjuangkan UEC? Bukankah banyak lagi kepentingan lslam dan Melayu yang perlu diperjuangkan oleh MARA dan UMNO?  Tidakkah beliau sedar UEC  bercanggah  dengan Perlembagaan Persekutuan Fasal 152( 1), Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan Akta Pendidikan 1996 serta mencabar kepentingan dan kedaulatan negara?

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PERIBUMI PERKASA (PERKASA) MALAYSIA

17hb Mac 2017

PERKASA amat terperanjat dan kesal dengan  lapuran  akhbar The Sun 16 Mac 2017 bahwa YB Tan Sri Annuar Musa Ketua Penerangan UMNO Malaysia dan Pengerusi MARA yang mahukan pengiktirafan kerajaan keatas sijil UEC.

2. Adalah amat malang dan mala petaka besar  bagi masyarakat Melayu dan negara apabila beliau melutut kepada Dong Zong dan membuat kenyataan begini dan pergi sendiri ke pejabat Dong Zong baru baru ini. Apakah tindakan beliau seolah-olah sumpah perjuangan MARA dan UMNO untuk membela Islam dan Melayu selama ini sudah  diletakkan dibawah telapak kaki? Apakah ada pakatan sulit dengan puak Dong Zong semata mata kerana PRU 14 ? Apakah sokongan kuat YB Tan Sri mendapat sokongan dan restu pucuk pimpinan UMNO ?   PERKASA mahu pucuk pimpinan UMNO jelaskan pendirian rasmi UMNO.

3.  Apa juga alasan yang diberikan beliau, PERKASA  mahu tahu kenapa dan apakah agenda beliau bermati-matian memperjuangkan UEC? Bukankah banyak lagi kepentingan lslam dan Melayu yang perlu diperjuangkan oleh MARA dan UMNO?  Tidakkah beliau sedar UEC  bercanggah  dengan Perlembagaan Persekutuan Fasal 152( 1), Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan Akta Pendidikan 1996 serta mencabar kepentingan dan kedaulatan negara?

4.  Dimanakah semangat perjuangan beliau untuk Agama, Bangsa dan Negara bila menggunakan UEC untuk mengguris hati orang orang Melayu? Sebaliknya  sebagai Pengerusi MARA beliau tidak seharusnya menjadi kuda tunggangan puak puak yang memperjuangkan UEC. Adakah UEC boleh menyumbang kearah pembentukan perpaduan  nasional yang maha penting bagi kelangsungan negara tercinta ini ?

5. Oleh itu PERKASA menentang sekerasnya usaha YB Tan Sri Annuar Musa mendesak kerajaan mengiktiraf UEC. Diatas tindakan beliau ini, bukan sahaja kita mahukan beluau dilucutkan dari jawatan Pengerusi MARA, malah beliau juga tidak layak menjadi Ketua Penerangan UMNO yang penubuhannya dulu adalah untuk memperjuangkan kepentingan lslam dan Melayu.

Sekian.

Dato Sirajuddin Haji Salleh
Timbalan Presiden Perkasa 
merangkap Pengerusi Biro Pendidikan Perkasa Malaysia
019288535