NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KDN lulus permit debat Tun M-Nazri



18 Mac: Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan majlis dialog antara bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz  yang bakal berlangsung di Kuala Kangsar, Perak, pada 25 Mac ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed (foto) berkata, pihaknya sudah menerima permohonan daripada pihak penganjur untuk mendapatkan permit.

“Permohonan sudah dibuat dan kita akan benarkan. Malah, saya juga menyokong,” katanya selepas perasmian Majlis Sambutan Hari Penjara ke-227 dan Hari Antidadah Kebangsaan 2017 di Kluang pada Sabtu.

Sebelum itu penganjur iaitu akhbar Sinar Harian dilaporkan sudah memohon permit daripada polis Perak susulan kenyataan Pemangku Ketua Polis negeri itu bahawa permit perlu dipohon.
Dialog yang dijadual diadakan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar mendapat perhatian umum disebabkan bakal menyentuh isu berbangkit dalam negara antaranya skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).

Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas serta Tun Dr mahathir dilaporkan sudah mengesahkan penyertaan.

Sementara itu Jazlan mendedahkan sehingga Mac, sejumlah 17,000 daripada 50,000 banduan sudah dibebaskan melalui sistem parol di seluruh negara kerana menunjukkan tatatertib yang baik sewaktu pemulihan dalam penjara.

“Ketika ini seramai 800 orang banduan sedang mengikuti sistem itu.

“Walaupun angka itu (pembebasan) nampak besar tetapi sebenarnya program ini kurang mendapat sambutan daripada keluarga banduan kerana kebanyakan keluarga tidak yakin banduan berkenaan boleh pulih sepenuhnya,” katanya.

© all rights reserved
made with by templateszoo