KAJI SEMULA PENTADBIRAN MAS



KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta mengkaji semula sistem pentadbiran dalam Malaysia Airlines (MAS) berikutan tindakan syarikat tersebut membawa ma­suk pekerja baharu tidak berpengalaman selepas membuang ramai kakitangannya.

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) berkata, tindakan itu bukan sahaja membantutkan usaha pemulihan MAS, malah akan terus menjerumuskan lagi syarikat penerbangan negara itu kepada masalah kerugian.

“Kalau inilah pentadbiran MAS tentu sekali berlaku masalah kelewatan penerba­ngan dan sebagainya, sebab itulah rugi besar.

“Jadi, kita minta kerajaan meneliti semula pergerakan MAS, jangan suka-suka buang pekerja berpengalaman dan ambil orang baharu kerana orang baharu tidak tahu apa-apa,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V dalam sidang Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan MAS memansuhkan penyedia­an arak secara percuma dalam pesawat.

Sementara itu, Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) ketika mencelah perbahasan tersebut berkata, walaupun di­­perakui salah sebuah syarikat penerba­ngan dunia paling berkualiti, timbul persoalan apabila harga tiket MAS mahal tetapi gaji kru lebih rendah berbanding AirAsia.
---Utusan Online
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget