NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harga Baharu Gula Pasir Putih Bertapis Kasar Naik 11 sen

Kenaikan Harga gula tersebut adalah susulan peningkatan ketara harga gula mentah dunia yang diimport Malaysia. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 

PUTRAJAYA, 2 Mac (Bernama) -- Harga baharu gula pasir putih bertapis kasar ialah RM2.95 sekilogram, berkuat kuasa 1 Mac, demikian umum Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini.

Dalam satu kenyataan di sini, kementerian itu berkata harga baharu tersebut susulan peningkatan ketara harga gula mentah dunia yang diimport Malaysia.

"Bagaimanapun, kerajaan masih mengawal harga tersebut pada paras paling minimum jika dibandingkan dengan kenaikan di negara-negara lain," kata kementerian itu.

Sebelum ini, harga gula pasir putih bertapis ialah RM2.84 per kg.

Kementerian itu berkata kali terakhir harga gula dikemas kini ialah pada 25 Okt 2013.

--BERNAMA 
© all rights reserved
made with by templateszoo