NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Geng Ustaz Simpati Kes Kemalangan di Permatang Pauh.

Allahyarham seorang anak sulung daripada 2 adik beradik dan beliau seorang anak yang sangat baik budipekerti dan tidak pernah membantah ibu ayahnya. Allahyarham juga seorang yang sangat disenangi oleh sahabat handainya sehingga mereka dikatakan amat rapat dengan ibu dan keluarganya. 

Peristiwa menyayat hati kejadian kemalangan jalanraya di KM 134 Lebuhraya Utara Selatan dekat Permatang Pauh tempoh hari yang melibatkan kematian Muhammad Fandi Rosli menggemparkan rakyat Malaysia.

Kejadian kemalangan tersebut berpunca daripada perbuatan seorang pemandu wanita yang didakwa memandu secara cuai melawan arus sehingga melanggar 3 buah kenderaan kereta dan 1 buah motosikal termasuk kereta Allahyarham Muhammad Fandi yang menyebabkan kematiannya serta merta di tempat kejadian. Pemandu cuai berkenaan kini sedang didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas kesalahan memandu dalam keadaan pengaruh dadah sebagaimana yang dilaporkan oleh portal berita Astro Awani pada hari ini 17 Mac 2017.


Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak@GENG USTAZ pada hari ini menziarahi bapa Allahyarham Encik Rosli di kediamannya di Permatang Pauh Pulau Pinang yang turut berkongsi cerita dan kesedihannya dan keluarga atas pemergian Allahyarham dalam kejadian tersebut. 

Allahyarham Muhammad Fandi berusia 26 tahun meninggalkan seorang balu yang kini hamil empat minggu selepas baru sahaja 3 bulan melangsungkan perkahwinan.

Menurut ayah Allahyarham, Encik Rosli dan ibunya,  Allahyarham seorang anak sulung daripada 2 adik beradik dan beliau seorang anak yang sangat baik budipekerti dan tidak pernah membantah ibu ayahnya. Allahyarham juga seorang yang sangat disenangi oleh sahabat handainya sehingga mereka dikatakan amat rapat dengan ibu dan keluarganya. 

En Rosli turut berkongsi kisah pelik berkenaan isteri Allahyarham yang bertugas di Kuala Lumpur sewaktu kejadian kemalangan. Apabila isteri Allahyarham mendapat berita kemalangan tanpa dimaklumkan kematian suaminya, lalu beliau bergegas pulang menaiki bas kerana beranggapan tak perlu memandu kereta pulang ke Kedah. Apabila tiba di hentian bas, ada satu arahan kepada pemandu bas agar segera menghantar isteri Allahyarham ke Kedah walaupun tiada penumpang lain dalam bas. Bas berkenaan dibayar sepenuhnya oleh seorang yang tidak dikenali agar bas dapat bergerak lebih awal daripada jadual yang ditetapkan. Maka pemandu bas berkenaan bergerak dengan hanya seorang penumpang sahaja iaitu isteri Allahyarham. Individu yang membayar sepenuhnya kos perjalanan bas berkenaan sehingga kini tidak diketahui. 

Geng Ustaz dimaklumkan oleh En Rosli bapa Allahyarham, bahawa beliau dalam usaha mengambil tindakan undang-undang terhadap kes ini bagi mendapat hak keadilan ke atas kematian anaknya. 

Geng Ustaz juga bersetuju untuk membantu En Rosli sekadar terdaya dalam usaha beliau dan keluarga mendapatkan hak dan keadilan atas kejadian yang menimpa Allahyarham, isterinya dan seluruh keluarganya.

Geng Ustaz dengan ini melancarkan kutipan dana tabung membantu En Rosli dan keluarga serta balu Allahyarham yang terkesan dengan peristiwa menyayatkan hati ini. 

Hulurkan sumbangan anda ke  DANA BANTUAN KELUARGA KEMALANGAN LAWAN ARUS PERMATANG PAUH : GENG USTAZ.

No.  Akaun MAYBANK : 564 799 123 969
Akaun atas nama : GENG USTAZ
Cawangan : MAYBANK CWG SRI GOMBAK.


Sila hubungi untuk maklumat lanjut : 
Ustaz Muhammad Najhan : +6016-6320776
Hj Wan Hairul : +60193350466


Kami bersedia menyalurkan sumbangan anda kepada mereka yang memerlukan bantuan demi memperjuangkan hak dan keadilan mereka.

Didoakan agar Allah swt memberikan ketabahan dan kesabaran kepada Balu Allahyarham, Encik Rosli dan seluruh keluarganya dalam menghadapi musibah ini serta dipermudahkan urusan mereka. Amiin. 


Nukilan
Ustaz Muhammad Najhan Halim 
Timbalan Presiden 
Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak@GENG USTAZ. 
17 Mac 2017 / 19 J.Akhir 1438H. 
© all rights reserved
made with by templateszoo