Header Ads

Gagasan OKU Muqarabun 8 - Program Khatam Perdana Gerakwanis Dan Pertis Pemangkin Kempen



Program yang disertai oleh 500 OKU penglihatan yang menggunakan AlQuran Braille tersebut telah mencatatkan satu lagi Malaysia Book of Record bilamana melibatkan jumlah teramai menggunakan AlQuran braille.


Antara usaha bagi menjayakan Gagasan ini termasuklah jaringan hubungan kerjasama antara komuniti OKU dan masyarakat. Program-program yang bersifat inklusif iaitu menggabungkan antara komuniti OKU dan masyarakat secara terbuka adalah pendekatan yang lebih ampuh berbanding program-program yang bersifat eksklusif.


Demikianlah program yang ditampilkan dalam Khatam Perdana pada 5 Mac2017 anjuran Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia“Pertis” dan Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia “Gerakwanis”.

Program yang disertai oleh 500 OKU penglihatan yang menggunakan AlQuran Braille tersebut telah mencatatkan satu lagi Malaysia Book of Record bilamana melibatkan jumlah teramai menggunakan AlQuran braille.

Program inklusif sebegini akan lebih mendekatkan hubungan komuniti OKU dan masyarakat secara dua hala. Masyarakat akan lebih terbiasa dengan komuniti OKU dan OKU akan lebih mudah menyertai masyarakat umum.

Apatah lagi program sebegini akan merangsang masyarakat secara umumnya untuk bertindak mencukupkan system sokongan social kepada OKU bagi memastikan keupayaan dan potensi diri seseorang OKU digilap dan diserlahkan.

Selain itu, sangat diharapkan program inklusif sebegini mampu membawa masyarakat dan komuniti OKU secara bersama untuk mendekatkan diri kepada Allah sekaligus menambahkan taqwa dan keimanan dalam diri.

Sesungguhnya penegasan Allah S.W.T betapa manusia itu (termasuklah seorang OKU) ciptaan terbaikNya adalah suatu kebenaran yang tidak boleh disangkal.

Mohammad Faizal Che Yusof
Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU Malaysia