NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gagal Berbahasa Kebangsaan Punca Tidak Faham Sejarah Perlembagaan Persekutuan


Petaling Jaya: Kegagalan untuk menguasai bahasa kebangsaan dengan baik adalah salah satu punca kegagalan pengamal undang-undang untuk memahami sejarah Perlembagaan Persekutuan dengan baik. Ini mungkin menjadi faktor penyebab utama mengapa terdapat salah faham dalam pembacaan dan pemahaman Perlembagaan Persekutuan sesuka hati. Hal ini didedahkan oleh seorang aktivis perlembagaan saudara Aidil Khalid dalam satu forum yang dianjurkan oleh BEBAS berkenaan dengan Pindaan Akta RUU 355 pada 18 Mac lepas.

“Sesetengah pelajar yang pulang daripada luar negara gagal berbahasa kebangsaan dengan baik. Dan apabila mereka mengetengahkan kes mereka di Mahkamah, mereka akan membawa idea moral yang jauh berbeza dengan konsep tempatan contohnya isu berkenaan dengan ‘akhlak’” “Kerana jika anda faham konsep ‘akhlak’ mengikut bahasa kebangsaan, konsep kita sebagai makhluk yang diciptakan, tentunya kita tidak akan membawa konsep luar lagi janggal daripada konsep yang sebati dengan tradisi kita semua. 

Saya percaya Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara tetapi ianya patut diterjemah berdasarkan dengan tradisi kita sendiri” tambah aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ) itu lagi.

Read more at: https://www.menara.my/gagal-berbahasa-kebangsaan-punca-tidak-faham-sejarah-perlembagaan-persekutuan/
© all rights reserved
made with by templateszoo