NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Deklarasi Cyberjaya



Bahawa dengan ini, kami yang bersidang dalam Konvensyen Professional Malaysia 2017 (K-Pro) pada hari ini, 19 Jamadil Akhir 1438H bersamaan 18 Mac 2017, di Promenade, Garden Residence, Cyberjaya

Menyedari bahawa dunia senantiasa dilanda krisis demi krisis baik daripada segi ketenteraan, politik ekonomi mahupun sosial, yang sekaligus mmenggambarkan gagalnya sistem penyelesaian sedia ada, dan memahami peri pentingnya semua tenaga manusia yang berkepakaran dalam pelbagai bidangnya berganding bahu memberi pelbagai sumbangan membawa Malaysia dan dunia ke arah sebuah suasana kehidupan yang di berkati oleh Allah SWT, maju, cekap, adil, aman dan berharmoni

Maka K-Pro 2017 telah mengambil resolusi berikut:


1. Golongan professional ialah mereka yang mempunyai ilmu, dan kemahiran yang diiktiraf di dalam sesuatu bidang tertentu. Dengan itu, mengambil kira dunia kesarjanaan Islam sebagai satu bidang ilmu dan kemahiran tertentu yang diiktiraf, maka Ulama juga adalah sebahagian daripada golongan professional sama seperti mereka yang mempunyai ilmu dan kemahiran tertentu yang diiktiraf, di dalam bidang bidang lain. Dikotomi golongan professional dan golongan ulama harus dihapuskan melalui program kesedaran umum dari masa ke semasa.

2. Bahawa usaha ke arah membina sebuah cara hidup yang diberkati Allah SWT, maju, adil, aman dan berharmoni berasaskan Islam perlulah disokong oleh semua pihak, dan diterajui oleh sebuah organisasi gerakan Islam yang terbukti kejelasan perjuangannya, kebolehan profesionalnya dan kekukuhan prinsip Islamnya iaitu Parti Islam SeMalaysia, PAS.

3. Mengiktiraf cadangan Kerajaan Teknokrat, sebagai alternatif kepada kerajaan masa depan Malaysia yang dapat membawa penyelesaian Islam dengan manggabung-jalinkan professional pelbagai bidang seperti kesarjanaan Islam, sains sosial, ekonomi, undang-undang, perubatan dan kejuruteraan.

4. Mengangkat cadangan-cadangan hasil Perbincangan Meja Bulat berkaitan isu undang-undang, perumahan, kos sara hidup, kesihatan dan pendidikan kepada pihak berwajib, sesuai dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).
© all rights reserved
made with by templateszoo