NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BERHUBUNG SETIAP HARI



Cyberjaya: Sembilan rakyat Malaysia di Korea Utara masih berada dalam keadaan baik dan selamat.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, setiap hari, pihaknya akan menghubungi semua rakyat Malaysia di negara itu bagi mengetahui perkembangan terkini mereka.

“Justeru, tiada apa untuk dirisaukan dan mereka semua berada dalam keadaan baik malah, saya sendiri menghubungi bertanyakan khabar.

“Mengenai rundingan antara Malaysia dan Korea Utara, saya tidak boleh ulas hanya Perdana Menteri. Jadi kita doakan semoga ia berjalan lancar,” katanya ketika ditemui di Sekolah Seri Puteri ketika hadir bersama isteri bagi menemani anaknya mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memaklumkan, Malaysia akan mengadakan rundingan secara rasmi dengan Korea Utara untuk membawa pulang mereka yang disekat keluar dari negara berkenaan.

---myMetro
© all rights reserved
made with by templateszoo