NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bebaskan Semua Rakyat Malaysia

Sebagai negara yang cintakan keamanan, Malaysia komited untuk mengekalkan hubungan baik dengan semua negara. Namun demikian, melindungi rakyat Malaysia adalah keutamaan saya, dan kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil segala langkah yang perlu apabila mereka terancam


1. Saya mengutuk sekeras-kerasnya keputusan Korea Utara menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara tersebut.

2. Tindakan keji ini seumpama menjadikan rakyat Malaysia sebagai tebusan, melanggar semua undang-undang antarabangsa serta norma hubungan diplomatik.

3. Sebagai negara yang cintakan keamanan, Malaysia komited untuk mengekalkan hubungan baik dengan semua negara. Namun demikian, melindungi rakyat Malaysia adalah keutamaan saya, dan kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil segala langkah yang perlu apabila mereka terancam.

4. Saya telah memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara. Saya juga telah mengarahkan Ketua Polis Negara untuk menghalang semua rakyat Korea Utara di Malaysia daripada meninggalkan negara kita sehingga kita pasti mengenai keselamatan semua rakyat Malaysia di Korea Utara.

5. Kita harap adanya penyelesaian segera. Saya minta kepimpinan Korea Utara untuk segera membenarkan rakyat Malaysia meninggalkan negara tersebut bagi mengelakkan perkara ini dari terus berlanjutan.

DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
© all rights reserved
made with by templateszoo