Header Ads

Azmin tidak sedar diri, jadi MB atas ehsan cadangan PAS


Azmin Ali dan kuncu-kuncunya memang jenis lupa diri dan tak kenang budi.

Partinya sendiri tidak calonkan beliau sebagai MB sebaliknya yang kena calon ialah bini Ketua Umum sampai buat akuan bersumpah sebagai bukti kukuh mendapat sokongan padu dari para ADUN PKR dan DAP.

PKR sebulat suara mencalonkan Wan Azizah Wan Ismail, ADUN Kajang yang memenangi Pilihanraya kecil yg dikenali sebagai Langkah Kajang untuk menukarkan Tan Sri Khalid Ibrahim dari kerusi Menteri Besar Selangor. DAP juga menamakan Wan Azizah seorang sahaja sebagai Menteri Besar.Tetapi tidak dengan PAS, yang turut menamakan Azmin Ali (ADUN Bukit Antarabangsa) sebagai calon Menteri Besar selain dari nama Wan Azizah untuk memberi peluang kepada Sultan untuk membuat pilihan.

PAS tetap berpendirian yang Presiden PKR tidak layak memegang jawatan MB Selangor atas alasan-alasan yang dunia sudah maklum.

Bila dah dapat jawatan langkah pertama dilakukan Azmin ialah kurangkan jawatan Exco kepada PAS dan berikan kepada PKR walaupun bilangan ADUN PAS melebehi PKR dengan tidak berani nak sentuh apatah lagi jentik Exco DAP.

PAS tetap bersabar tetapi bila hari berlalu nampaknya kesabaran dan sifat mengalah PAS sudah ditafsir oleh PKR sebagai suatu kelemahan PAS.

PAS disindir sebagai Pak Haji yang korupsi bukan pemimpin kita ekoran dari cerita hangat yang dijaja Sarawak Report kononnya PAS menerima RM90 juta dari Najib Razak. Bila diasak terus Nurul Izh cakap dia petik dari kata-kata Sasterawan Negara Usman Awang.


Kesabaran para ahli dan penyokong PAS terus digasak dan dibelasah lunyai lumat oleh pemimpin-pemimpin PKR

Tidak lagi diambil kira betapa beberapa pemimpin tinggi PKR secara terbuka mencemuh dan mengecam PAS bila berceramah dipentas PAN, DAP atau PPBM.

Tindakan akar umbi mendesak agar PAS menilai dan mengkaji semula tahaluf siyasi dengan PKR adalah suatu tindakan dan keputusan yang wajar dan perlu dipandang serius pucuk pimpinan PAS termasuk Majlis Syura Ulama (MSU) bila PAS bermuktamar hujung April depan di Alor Setar Kedah.

H.A.H