NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RUU355: Umat Islam tak kacau hak sesiapa


.
KUALA LUMPUR - Umat Islam tidak mengambil hak mana-mana pihak di negara ini menerusi pindaan RUU355 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, menerusi pindaan kali pertama sebelum ini, tiada sebarang isu timbul malah ia turut mendapat sokongan daripada semua pihak.
"Tapi kenapa kini banyak orang membantah sedangkan kita tak mengambil hak mana-mana pihak pun," katanya ketika berucap di Himpunan 355, di Padang Merbok, malam ini.


Selain itu, Jamil memaklumkan bahawa ada pihak yang dilihat tidak senang apabila undang-undang di mahkamah syariah pada masa kini tidak berkembang.

Oleh itu, beliau memaklumkan bahawa pihaknya berharap pindaan RUU355 ini dapat diangkat dan menjadi agenda umat Islam hari ini.

"Sekarang timbul pelbagai persoalan adakah pindaan ini pintu belakang kepada hudud.

"Sedangkan kita faham mahkamah syariah membuat pindaan ini berkaitan kesalahan berkaitan qazaf, murtad, minum arak dan zina,"katanya.

Selain itu, Jamil turut memaklumkan bahawa pindaan RUU355 telah menjadi polemik yang panjang menerusi perbahasan di Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Tambah beliau, ada diantara ahli Parlimen yang menyatakan penerimaan mereka terhadap pindaan tersebut dan ada pula hanya mengambil sikap berdiam diri.
.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/ruu355-umat-islam-tak-kacau-hak-sesiapa-1.630708
© all rights reserved
made with by templateszoo