Header Ads

RUU355: Cahaya yang belum menembusi benak fikiran masyarakat bukan Islam

That’s why all the muslims politicians must understand these issues and unite on issues that are related with muslim affairs. And you yourself watched in the news, people that came and supported this act got higher crowd compare to recent Bersih.


“Adli, let’s go out and eat first before we play badminton.”

Begitulah ajakan Mr. Lim (bukan nama sebenar), salah seorang Resident Engineer di tempat aku bertugas petang tadi.

“Okay Mr. Lim. We go there using my car.”, balasku.

Setibanya kami di medan selera, kami pesan makanan kami dan seperti biasa, perbualan pun berlaku semasa kami sedang menjamu selera.

Dengan Mr. Lim, beliau seorang yang sangat terbuka dan juga berpengalaman kerana pernah terlibat dengan salah satu projek mega di Abu Dhabi. Kebanyakan perbualan kami merupakan perbualan ilmiah dan saling bertukar pandangan sesama sendiri.

Sehinggalah soalan ini keluar daripada mulut Mr. Lim,

Mr. Lim: Adli, I want to ask you a sensitive question. I hope you don’t mind me asking you this.

Aku: Okay Mr. Lim, shoot me.

Mr. Lim: What are your opinions over this 355 Acts?

Aku: (Sambil tersenyum) I’m happy you asked me this kind of a question and I would like to enlighten you more over this matter.

*aku pun menerangkan satu persatu mengenai RUU355. Antara perkara penting yang aku faham dan aku terangkan adalah:

1. RUU355 adalah penambaikan kepada undang-undang yang sedia ada.
2. RUU355 hanya akan melibatkan orang Islam. Sebagai seorang individu yang bukan Islam, mereka tidak sepatutnya risau akan undang-undang ini.
3. Walaupun RUU355 ditambah baik, fungsi mahkamah sivil tidak akan terkesan dengan penambahbaikan ini.
4. Bagilah peluang kepada kami untuk menambah baik undang-undang ini kerana sebagai seorang Muslim, ada sebab mengapa kami perlu menambah baik akta sedia ada kerana kami adalah umat yang bersandarkan kepada wahyu ie Quran dan sunnah yang telah di sampaikan kepada kami.

Nak tahu apa jawapan Mr. Lim,

Mr. Lim: After hearing your explanations, I think theoretically, this act can be improved and implemented. However, considering Malaysia, I’m afraid this might be a political tools used by the politicians for their political agenda.

Aku: That’s why all the muslims politicians must understand these issues and unite on issues that are related with muslim affairs. And you yourself watched in the news kan, people that came and supported this act got higher crowd compare to recent Bersih (Sambil senyum sinis)

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian yang ingin aku kongsikan. Walaupun tidak dapat hadir ke Himpunan RUU355 tempoh hari, aku mencari ruang dan peluang untuk menerangkan kepada yang masih jahil mengenai isu ini.

Apa yang aku dapat? Aku dapat yakinkan Mr. Lim yang secara teori, penambah baikan RUU355 boleb dilakukan di Malaysia.

Adli Adnan

www.indahnyaislam.my