NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pendirian Tun Dr Mahathir Terhadap PAS Tidak Pernah Berubah (Tun Dr Mahathir Anggap PAS Lebih Berbahaya Daripada Komunis Sejak Dari Tahun 1978 Lagi?

Sejak 1978 hingga sekarang, sudah tidak terkira banyaknya selaran, kritikan dan kutukan yang Tun Dr Mahathir hamburkan terhadap PAS dan dasar perjuangan PAS. Belum pernah sekalipun beliau meminta maaf di atas perlakuan beliau ini tidak sebagaimana yang beliau lalukan ke atas DAP. 

Saya tidak pelik dengan pelbagai kenyataan negatif yang dihamburkan oleh Penasihat PPBM, Tun Dr Mahathir, terhadap PAS dan dasar perjuangan PAS, walaupun pada masa yang sama Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin, dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz, masih cuba mendekati PAS.

Ini kerana sejak beliau belum menjadi Perdana Menteri lagi pun Tun Dr Mahathir telah menunjukkan sikap permusuhan yang luar biasa terhadap PAS dan dasar perjuangan PAS. Contoh ketara adalah tuduhan terbuka yang beliau buat pada tahun 1978 bahawa “PAS lebih berbahaya daripada komunis”.

Ekoran tuduhan ini, Dewan Ulama’ PAS Pusat pun membuat keputusan mendesak Tun Dr Mahathir menariknya balik. Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir, di dalam surat balas beliau kepada surat Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Datuk Nik Abdul Aziz, bertegas mempertahankan tuduhan beliau ini.

Sejak 1978 hingga sekarang, sudah tidak terkira banyaknya selaran, kritikan dan kutukan yang Tun Dr Mahathir hamburkan terhadap PAS dan dasar perjuangan PAS. Belum pernah sekalipun beliau meminta maaf di atas perlakuan beliau ini tidak sebagaimana yang beliau lalukan ke atas DAP.

Kesimpulannya ialah: Jika masih ada di kalangan pimpinan PAS yang mahu bekerjasama dengan PPBM, khususnya mereka yang hanya mula berjinak-jinak dengan PAS pada era 1990-an, ketahuilah bahawa pendirian Tun Dr Mahathir terhadap PAS dan dasar perjuangan PAS tidak pernah berubah.

Jika Tun Dr Mahathir mahu bekerjasama dengan PAS, beliau perlulah terlebih dahulu didesak untuk menarik balik segala selaran, kritikan dan kutukan yang beliau hamburkan terhadap PAS dan dasar perjuangan PAS serta memohon maaf di atas segala kezaliman yang beliau lakukan terhadap PAS.

Dr Kamarul Zaman Yusoff
© all rights reserved
made with by templateszoo