NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Kelantan yakin dapat kekalkan kuasa

Kita tidak akan menghalang mana-mana parti bertan­ding. Kita di dalam parti Islam ini akan terus berusaha bagi memastikan Kelantan kekal milik PAS.

KOTA BHARU 27 Feb. – PAS yakin dapat mengekalkan kuasa di ne­geri ini sekalipun bakal berdepan tentangan sengit daripada Barisan Nasional (BN) dan parti serpihannya, PAN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Abdul Fattah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, PAS akan menghadapi saingan tersebut dengan tenang selain yakin mampu memperoleh keputusan lebih baik.

Katanya, pada masa ini, PAS akan terus berusaha meningkatkan gerak kerja dan melakukan persiapan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan dalam pilihan raya kali ini yang disifatkan lebih mencabar.

“Kita tidak akan menghalang mana-mana parti bertan­ding. Kita di dalam parti Islam ini akan terus berusaha bagi memastikan Kelantan kekal milik PAS.

“Sebelum ini, ki­ta juga pernah lalui pertandingan tiga atau empat penjuru dan Alhamdulilah kita masih mendapat kepercayaan rakyat,” katanya kepada pemberita selePAS menutup Majlis Mahrajan Amal Islami Muallaf peringkat negeri Kelantan, di sini hari ini.

Semalam, Ahli Par­limen Gua Musang, Tengku Razaleigh Ham­zah melontarkan ke­ya­kinan bahawa BN mampu menamatkan penguasaan 27 tahun Kerajaan PAS Kelantan dalam PRU-14.

Veteran UMNO itu di­laporkan berkata, ke­yakinan tersebut ber­dasarkan beberapa faktor antaranya perpecahan dalaman PAS selain kerajaan negeri gagal membawa sebarang perubahan sepanjang memerintah.

Sebelum itu, PAN negeri mengesahkan akan bertanding sekurang-kurang 30 kerusi Dewan Undangan Ne­geri (DUN) dan enam kawasan Parlimen dalam PRU-14 di Kelantan.

Dalam perkembangan lain, Abdul Fattah yang Yang Dipertua PAS Tanah Merah berkata, semua pihak perlu memberi sokongan dan bimbingan kepada golongan muallaf.---Utusan Online
© all rights reserved
made with by templateszoo