NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Misi Food Flotilla For Rohingya tiada agenda politik

Misi ini disertai oleh lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan yang tidak mempunyai sebarang agenda ataupun kepentingan politik.

KLANG 3 Feb. - Penyertaan pelbagai pertubuhan dan persatuan dalam misi Food Flotilla For Rohingya membuktikan ia tidak mempunyai sebarang agenda politik tersembunyi.

Kepelbagaian pihak yang terlibat dalam misi berkenaan jelas menunjukkan ia merupakan satu usaha untuk membela nasib dan hak kemanusiaan yang telah dicabul oleh pihak yang lebih berkuasa.

Ketua Delegasi PAS dalam flotilla berkenaan, Mohd. Sanusi Md. Noor, ketika diminta mengulas perkara berkenaan berkata, pendapat yang mengatakan misi berkenaan mempunyai agenda politik yang tersembunyi adalah salah sama sekali.

“Misi ini disertai oleh lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan yang tidak mempunyai sebarang agenda ataupun kepentingan politik.

“Tumpuan mereka ialah untuk menjaga kepentingan kemanusiaan dan melihat dunia berlaku adil terhadap satu kaum minorit etnik yang sedang ditindas,” kata beliau ketika ditemui pada majlis pelepasan kapal Nautical Aliya yang membawa misi bantuan berkenaan.

Menyentuh isu yang sama, seorang lagi sukarelawan PAS yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Mohd. Halil Abdul Hadi menjelaskan, menjadi tanggungjawab bagi semua umat islam untuk menangani setiap setiap penindasan terhadap saudara seagamanya.

Jelas beliau, umat islam mestilah dilihat bersama-sama dan bersatu hati tanpa mengira kecenderungan politik masing-masing.

“Dalam menangani sebarang isu yang membabitkan kepentingan dan kesejahteraan umat islam kita perlu letakkan ke belakang sebarang isu politik.

“Kita harus bersama-sama membantu menangani isu-isu berkenaan kerana ia merupakan tanggungjawab bagi kita sebagai umat islam kata beliau kepada Utusan Online.

Sebanyak 60 buah pertubuhan bukan kerajaan menyertai misi flotilla food for rohingya yang telah pun memulakan pelayaran ke menyamar sejurus selepas dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Turut serta bersama beliau melancarkan misi berkenaan petang tadi ialah Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man. – UTUSAN ONLINE

© all rights reserved
made with by templateszoo