NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lintas langsung Himpunan RUU 355


.
Lintas langsung Himpunan RUU 355
BERIKUT laporan langsung yang dibawa wartawan dan kru Berita Harian Online pada Himpunan RUU355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
10.55 malam: Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) disifatkan sebagai 'ubat' yang mampu menyembuhkan 'penyakit' yang merosakkan masyarakat di negara ini seperti kes anak luar nikah, rompakan, mencuri dan pembunuhan meningkat dan berleluasa di Malaysia.- Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin.
10.25 malam: Orang bukan Islam digesa tidak terpalit dengan 'virus' Islamophobia hingga bertindak menghalang usaha orang Islam mengangkat martabat mahkamah syariah, sebaliknya perlu berjiwa besar menilai usaha umat Islam meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 - Yang Dipertua YADIM, Dr Yusri Mohamad.
10.15 malam: Pentadbiran Malaysia bukan berlandaskan dasar sekularisme kerana ia tidak pernah digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan seperti didakwa oleh mereka yang berfahaman Islam liberal kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia, Prof Datuk Mahamad Naser Disa.
10.10 malam: Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) tidak akan membabitkan orang bukan Islam dan disebut sekurang-kurangnya empat tempat di dalam undang-undang negara.
10 malam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tiba di Padang Merbok untuk menyampaikan ucapan beliau sebagai acara kemuncak Himpunan RUU 355 bagi menyokong Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).
PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan di Himpunan Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) di Padang Merbok. - Foto Mohd Yusni Ariffin
9.45 malam: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, meminta semua pihak menghentikan provokasi tanpa fakta terhadap pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) kerana ia boleh keruhkan keadaan dan timbulkan fitnah.
9.10 malam: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) adalah untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah di negara ini dan tidak mengambil "hak" orang lain.
7.30 malam: Hujan lebat tidak menghalang lebih 6,000 peserta Himpunan Rang Undang-Undang (RUU) 355 menunaikan solat Maghrib berjemaah di Padang Merbok di sini, sebentar tadi. Solat itu diimamkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri.
7.15 petang: Lebih 20 peserta himpunan dirawat di Khemah Rawatan Kor Medik dan Penyelamat Jabatan Amal Malaysia kerana strok haba dan pengsan.
7 petang: Pendakwah bebas, Azhar Idrus, berkata agamawan yang tidak menyokong pindaan RUU 355 adalah kerana berasa diri lebih hebat berbanding orang lain dan sombong.
6.54 petang: Keadaan di Padang Merbok masih terkawal tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku walapun dianggarkan lebih 20,000 peserta perhimpunan kini berkumpul di situ.
4.48 petang: Antara tokoh yang hadir sehingga jam 4 petang, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar dan Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
4.36 petang: Polis mengganggarkan lebih 10,000 peserta Himpunan Rang Undang-Undang 35 (RUU 355) sudah berhimpun di Padang Merbuk setakat jam 4 petang tadi.
3.30 petang: Keadaan Himpunan Rang Undang-Undang 35 (RUU 355) di Padang Merbok, terkawal dengan lebih 6,000 peserta membanjiri lokasi perhimpunan.
2.36 petang: Ratusan individu berpakaian ungu mula membanjiri Padang Merbok bagi menyertai Himpunan Rang Undang-Undang 35 (RUU 355), hari ini.
2.09 petang:Peserta menunaikan solat Zohor berjemaah di Padang Merbok pada Himpunan Rang Undang-Undang 355 (RUU 355).
2.08 petang: Peserta menunaikan solat Zohor di Masjid Jamek sebelum hadir ke Himpunan Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) di Padang Merbok.
12.15 pagi: Peserta berjalan ke Padang Merbok untuk menghadiri Himpunan Rang Undang-Undang 355
10.40 pagi: Peserta berehat di Masjid Jamek untuk hadir ke Himpunan Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) di Masjid Jamek.
9.59 pagi: Peserta mula berkumpul di Padang Merbok bagi menghadiri Himpunan Rang Undang-Undang 355 (RUU 355).
9.48 pagi: Peserta tiba di Stesen LRT Masjid Jamek untuk hadir ke Himpunan Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) di Masjid Jamek.
8.49 pagi: Peserta mula berkumpul di Masjid negara untuk hadir ke Himpunan Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) di Padang Merbok.
.
© all rights reserved
made with by templateszoo