NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Laporan Himpunan 355 (Pagi - Malam)

.



LAPORAN lintas langsung perkembangan semasa Himpunan Rang Undang-Undang 355 (RUU355) di Padang Merbok, Kuala Lumpur:
10.30 malam : Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin menyampaikan ucapan kepada peserta.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/2b6b7ad95ad54e31941af3c7d03e5c2c.ashx?la=en


10.15pm : Bacaan ikrar sokongan terhadap pindaan akta dipimpin Pengarah Himpunan RUU355, Nasrudin Hassan Tantawi
10.10 malam : Lagu rasmi RUU355 yang didendangkan oleh kumpulan nasyid Soutul Amal bergema di Padang Merbok.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/67ebdebf0165476fadafc9c537448f42.ashx?la=en


10.00 malam : Pelakon Mustafa Kamal hadir ke pentas utama. Beliau sempat bersalam dengan tetamu kehormat di pentas.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/6f41ce631aaa4d7e8cb8e81ea7891168.ashx?la=en
9.55 malam : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba. Ketibaannya disambut dengan laungan Allahuakbar oleh peserta himpunan.
9.50 malam : Tayangan video sokongan penyanyi Faizal Tahir terhadap Himpunan RUU 355 dari Masjid Nabawi.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/6fa6b7b75b3e4fc699b803c5c3628f83.ashx?la=en


9.20 malam : Pengerusi majlis mengumumkan kehadiran penyanyi popular Jamal Abdillah (bertopi) dan turut kelihatan anggota kumpulan pelawak Senario.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/68fe85b8f1644bb1a949d7fae4f68802.ashx?la=en


9.10 malam : Pengerusi Sekretariat Himpunan RUU355, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan ucapan.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/a88aedc2e447491db82e264e2b8d3736.ashx?la=en


9.05 malam : Solat Isyak selesai. Program diteruskan. Pengerusi majlis sempat mengumumkan jumlah kehadiran peserta himpunan seramai 300,000 orang.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/92d6b159713c475685234e2c03c196f4.ashx?la=en


9.01 malam: Datuk Seri Jamil Khir bersalam dengan peserta sebelum beredar meninggalkan Padang Merbok.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/57ee5bae1cfd447a9ee332aab84a6ff9.ashx?la=en


image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/e1e6f516468c484485253d39569971ff.ashx?la=en


8.45 malam : Hujan sudah berhenti dan peserta bersiap sedia untuk menunaikan solat Isyak.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/bbd7ae992cb74f618c353e09ceffcc92.ashx?la=en


8.30 malam : Program Himpunan RUU355 dihentikan bagi memberi laluan kepada solat Isyak dan kelibat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih belum kelihatan.
8.13 malam : Datuk Seri Jamil Khir selesai menyampaikan ucapan berhubung Rang Undang-Undang 355.
7.50 malam : Datuk Seri Jamil Khir mula menyampaikan tazkirah sebagai pengisian program Himpunan RUU355.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/e6489dd8ffb24260acd97abae4bb3411.ashx?la=en



7.45 malam : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir tiba di pentas utama ditemani timbalannya, Datuk Dr Ashraf Wajdi
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/5a416e47037e45a5adbbb1d53dbfc4ff.ashx?la=en&h=529&w=940


7.40 malam : Hujan semakin lebat tetapi perhimpunan tetap diteruskan dan tiada peserta berganjak selepas menunaikan solat.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/760c3dfc21634c3d9c48dfe2cef85827.ashx?la=en



7.35 malam : Peserta Himpunan RUU355 menunaikan solat Maghrib secara berjemaah walaupun dibasahi akibat hujan renyai.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/bb92889a41ce46ccb7995b2c11f6bcf7.ashx?la=en&h=535&w=800

Dua remaja saling membantu mengambil wuduk menggunakan air daripada botol sebelum bersolat ketika menyertai Himpunan Rang Undang-Undang RUU355 di Padang Merbok. - BERNAMA
7.28 malam : Hujan rintik tidak melemahkan semangat peserta Himpunan RUU355 yang bersedia untuk menunaikan solat Maghrib.
6.59 petang : Padang Merbok bergema dengan alunan selawat dan qasidah daripada peserta sementara menunggu masuk waktu solat Maghrib dan program akan bersambung selepas solat.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/cbc956c23ba949fba63a0279d44c564d.ashx?la=en



6.46 : Ayahanda Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup juga tidak melepaskan peluang untuk menghadiri Himpunan RUU355.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/91e6a517691c4ba8be56479833c97c9e.ashx?la=en

6.00 petang : Suasana Padang Merbok ketika ini yang diibaratkan seperti lautan ungu.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/350508dc90284348b15d2e9887060d0e.ashx?la=en


5.40 petang : Sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus berlangsung ketika ini.
5.15 petang : Himpunan bersambung dengan peserta disajikan program tazkirah oleh Ustaz Ahmad Dasuki.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/79c11de08b1f4255b01f3786ec5d722e.ashx?la=en


4.45 petang : Program ditangguhkan sementara bagi memberi laluan untuk solat Asar diadadakan secara berjemaah.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/6376e9107de34c09a8dc89dbbbc31b62.ashx?la=en



4.40 petang : Timbalan Mursyidul Am PAS dan MB Kelantan Datuk Ahmad Yakob menyampaikan ucapan sebelum mengakhiri program di pentas utama
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/acff1907b575455f86853f1718f3af7f.ashx?la=en



4.15 petang : Pidato 'berapi' oleh wakil persatuan bukan kerajaan, Alif Ba Ta, Srikandi Mahsyur membakar semangat peserta.
4.10 petang : Ketibaan isteri Allahyarham Nik Aziz, Datin Sabariah Tuan Ishak di Padang Merbok untuk menyertai himpunan.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/58342d16d19d483095a656e47711abe3.ashx?la=en&h=318&w=643



3.45 petang : Semakin ramai peserta tiba di Padang Merbok untuk menyertai Himpunan RUU355.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/403a5f9b50e94547b751f15c8d3b9a49.ashx?la=en

Kumpulan nasyid Nowseeheart membuat persembahan.
3.40 petang : Persembahan nasyid oleh kumpulan Nowseeheart
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/377cafb7219a4c838a1356fed2ccc7c0.ashx?la=en&h=318&w=641

3.38 petang : Penunjuk perasaan yang hadir membantah Pindaan RUU355 di Taman Jaya mula berhimpun.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/97c95c8d8d4640ecb7781f7326900918.ashx?la=en&h=529&w=940

3.32 petang : Pengacara majlis mengumumkan kehadiran Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD), Tan Sri Hamid Albar ke Himpunan RUU355
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/9cf0c346d5034d77ad44988bce02d7c8.ashx?la=en

3.30 petang : Seorang lagi wakil bukan Islam, Sivan dari Persatuan Penceramah Bukan Islam BN memberi penerangan ringkas tentang RUU355 di pentas
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/21ac9845e73e480587b753814f5ead42.ashx?la=en&h=316&w=643

3.23 petang : Peserta Himpunan RUU355 tiba di Padang Merbok
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/db04e7fd4b1f4811aba9bb53b5caf1a0.ashx?la=en&h=321&w=646

3.14 petang : Sekumpulan penunjuk perasaan membantah Pindaan RUU355 di Taman Jaya
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/aaa3aff53c6244908ea42f8c614408fe.ashx?la=en


2.55 petang : Pidato oleh Balasubramaniam dari Persatuan Hindu Pahang
2.40 petang : Acara di pentas bermula dengan persembahan nasyid
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/~/media/8496597418bb47bbaacf4aabc1609fc9.ashx?la=en


2.35 petang : Pengacara majlis memulakan program di pentas utama. Peserta mula mengambil tempat berhampiran pentas

Tags / Kata Kunci:RUU355

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/18/ruu355/#497HymGTWVCtIbi8.99


.
© all rights reserved
made with by templateszoo