NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Ambil Kira Pandangan Semua Pihak Berkepentingan Berhubung RUU 355 – Jamil Khir

Kerajaan juga mengalu-alukan sebarang cadangan untuk memperkasa dan menambah baik institusi mahkamah Syariah termasuk usul persendirian yang dibentangkan anggota Parlimen Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)

PUTRAJAYA, 24 Nov  – Kerajaan menjamin akan memperhalusi secara rapi cadangan pindaan Rang Undang-Undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355, dengan mengambil kira pandangan semua pihak yang berkepentingan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ini termasuk rakyat bukan Islam walaupun RUU 355 tidak melibatkan mereka sebagaimana yang termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan.
“Kerajaan juga mengalu-alukan sebarang cadangan untuk memperkasa dan menambah baik institusi mahkamah Syariah termasuk usul persendirian yang dibentangkan anggota Parlimen Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jamil Khir berkata kerajaan mengambil berat usul persendirian yang dibentangkan oleh Abdul Hadi.
Beliau berkata berkata akta ini digubal oleh kerajaan pada tahun 1965, dipinda pada 1984 dan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada 1989.
“Kerajaan terus komited dan istiqamah dalam mengangkat martabat institusi Mahkamah Syariah malah pelbagai usaha telah dilakukan secara konsisten dan bertahap dalam usaha memperkasa mahkamah Syariah secara holistik,” kata Jamil Khir.
Antara usaha yang dilakukan termasuk memperkenalkan skim-skim perjawatan hakim-hakim dan pegawai-pegawai Syariah dan menyediakan program-program latihan berkala kepada hakim-hakim dan pegawai-pegawai Syariah bagi meningkatkan profesionalisme mereka.
Usaha itu dibuat bagi meningkatkan dan menambah baik kemudahan prasarana institusi Mahkamah Syariah dan pelbagai lagi insiatif untuk menaik taraf pentadbiran dan perjalanan Institusi Mahkamah Syariah.
Abdul Hadi hari ini membawa usul RUU 355 di Dewan Rakyat bagi meminda akta tersebut.
Pada Mei lalu, Abdul Hadi membentangkan usul yang sama namun ia dibentang sekali lagi, kali ini selepas dipinda.
http://www.umno-online.my/2016/11/24/kerajaan-ambil-kira-pandangan-semua-pihak-berkepentingan-berhubung-ruu-355-jamil-khir/
© all rights reserved
made with by templateszoo