NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

H355: Kenyataan Rasmi Syeikhuna Tuan Guru Syeikh Ibrahim Masran

Kenyataan Rasmi Syeikhuna Tuan Guru Syeikh Ibrahim Masran Al-Banjari Hafizahullah 

ŲØŲ³Ł… Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų§Ł„Ų±Ų­Ł…Ł† Ų§Ł„Ų±Ų­ŁŠŁ… .

1. Secara umum telah kita ketahui bahawa usul pindaan Rang Undang-Undang 355 (RUU355) itu adalah suatu usaha untuk menambahbaik dan meninggikan taraf Mahkamah Syari'ah di dalam negara kita. Ianya merupakan suatu usaha yang mulia disisi agama dan juga amat baik disisi kedaulatan negara kita yang tercinta.

2. Secara umum juga telah kita ketahui bahawa Rang Undang-Undang 355 (RUU355) yang sudah berjalan selama ini hanya melibatkan Umat Islam dan tidak membabitkan orang yang bukan Islam. Demikian jualah bahawa usul pindaan Rang Undang-Undang tersebut hanya akan melibatkan umat Islam sahaja dan tidak membabitkan orang yang bukan Islam.

4. Namun, apa yang berlaku kini, telah muncul campur tangan dan percubaan menghalang usaha murni pindaan Rang Undang-Undang tersebut oleh sekelompok Ahli-ahli Parlimen dari kalangan orang-orang yang bukan Islam. Tidak sampai disitu sahaja, bahkan usaha murni untuk meminda Rang Undang-Undang tersebut juga turut ditentang oleh golongan liberal dari kalangan yang beragama Islam. Maka kami katakan, ini merupakan suatu musibah kepada umat Islam di negara ini. Ų„Ł†Ų§ Ł„Ł„Ł‡ ŁˆŲ„Ł†Ų§ Ų„Ł„ŁŠŁ‡ Ų±Ų§Ų¬Ų¹ŁˆŁ† .

5. Oleh yang demikian itu, maka al-faqir menyeru kepada diri sendiri dan kepada umat Islam di Negara ini, agar beristighfar dan bertaubat kepada Allah Jalla wa 'Alaa. Kerana bahawasanya suatu musibah itu tidak ditimpakan oleh Allah Ta'ala kepada hamba-hambanya melainkan hikmahnya jadi peringatan kepada hamba-hambanya itu disebabkan oleh kelalaian dan maksiat yang kita telah lakukan samada sedar ataupun tidak sedar. ŁŁ†Ų³ŲŖŲŗŁŲ± Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų§Ł„Ų¹ŲøŁŠŁ… , Ł…Ł† ŁƒŁ„ Ų°Ł†ŲØ Ų¹ŲøŁŠŁ… . Ł†Ų³ŲŖŲŗŁŲ± Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ł…Ł† Ų§Ł„Ų°Ł†ŁˆŲØ Ų§Ł„ŲŖŁŠ ŲŖŁ…Ų³Łƒ ŲŗŁŠŲ« Ų§Ł„Ų³Ł…Ų§Ų” , ŁˆŁ…Ł† Ų§Ł„Ų°Ł†ŁˆŲØ Ų§Ł„ŲŖŁŠ ŲŖŁƒŲ“Ł Ų§Ł„ŲŗŲ·Ų§Ų” . Ł†Ų³ŲŖŲŗŁŲ± Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŁŲ±Ų§Ų±Ų§ Ł…Ł† ŲŗŲ¶ŲØ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų„Ł„Ł‰ Ų±Ų¶Ų§Ų” Ų§Ł„Ł„Ł‡ ، ŁˆŁŲ±Ų§Ų±Ų§ Ł…Ł† Ų³Ų®Ų· Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų„Ł„Ł‰ Ų¹ŁŁˆ Ų§Ł„Ł„Ł‡ . ŲØŲ¬Ų§Ł‡ Ų­ŲØŁŠŲØ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų§Ł„Ų£Ų¹ŲøŁ… , ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł…  .

6. Dan al-faqir juga menyeru umat Islam di negara ini agar turut hadir bersama dalam perhimpunan H355 yang bakal berlangsung pada hari Sabtu 18 Februari 2017 di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Kehadiran anda yang merupakan tanda sokongan terhadap usul pindaan RUU355 itu amat penting bagi menzahirkan izzah umat Islam dan wibawa bangsa Melayu di tanah air ini.

7. Bagi mereka yang berkemampuan hadir, hendaklah sentiasa mengikhlaskan niat dan tujuan, serta menjaga akhlak dan tingkah laku sebagai seorang muslim mu'min. Sementara bagi mereka yang tidak dapat hadir, maka hadirkanlah doa kalian agar perjuangan yang mulia ini diberi pertolongan dan kemenangan oleh Allah Jalla wa 'Alaa.

8. Mudah-mudahan segala bentuk sokongan dan usaha kita dalam menjaga maslahah umat Islam dan usaha membendung jenayah yang berlaku di tanah air ini akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah Jalla wa Azza.

9. ŁˆŲ§Ł„Ł„Ł‡ Ų§Ł„Ł…ŁˆŁŁ‚ ŁˆŲ§Ł„Ł‡Ų§ŲÆŁŠ Ų„Ł„Ł‰ Ų³ŁˆŲ§Ų” Ų§Ł„Ų³ŲØŁŠŁ„, ŁˆŁ‡Łˆ Ų­Ų³ŲØŁ†Ų§ ŁˆŁ†Ų¹Ł… Ų§Ł„ŁˆŁƒŁŠŁ„ .

ŁˆŲ§Ł„Ų³Ł„Ų§Ł… Ų¹Ł„ŁŠŁƒŁ… ŁˆŲ±Ų­Ł…Ų© Ų§Ł„Ł„Ł‡
Akhukum fillah,
Al-faqir ilallah al-Baari,
Ibn Masran Al-Banjari.
18 Jumadil Ula 1438H
© all rights reserved
made with by templateszoo