NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Empat wakil rakyat DAP Melaka keluar parti

Empat wakil rakyat Melaka yang keluar DAP terdiri dari Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Goh Leong San, Lim Jack Wong (Bachang), Chin Choong Seong (Kesidang).

KUALA LUMPUR: Empat wakil rakyat DAP di Melaka bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu, lapor The Oriental Daily.

Empat wakil rakyat DAP itu terdiri dari Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Goh Leong San, Lim Jack Wong (Bachang), Chin Choong Seong (Kesidang).

Bercakap di sidang media hari ini, Tong Him yang mewakili tiga lagi wakil rakyat itu memberitahu selain hilang keyakinan terhadap kepimpinan sedia ada, mereka juga kecewa dengan kepimpinan DAP hari ini.

Tong Him mendakwa DAP kini sudah tersasar dari matlamat perjuangan asalnya.

Katanya, mereka akan terus memberi khidmat kepada rakyat sebagai wakil rakyat bebas.

Pada 2016, Tong Him dan Leong San telah digantung keahlian oleh lembaga disiplin DAP kerana mencemarkan nama parti atas tindakan undang-undang terhadap ahli parti yang lain.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-politik/empat-wakil-rakyat-dap-melaka-keluar-parti-132070

© all rights reserved
made with by templateszoo