NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Beratus Rohingya dibunuh operasi tentera Myanmar - PBB

Kerajaan Myanmar perlu segera menghentikan pencabulan hak asasi manusia yang serius terhadap rakyatnya sendiri, dan bukannya terus menafikan apa yang berlaku.


GENEVA: Beratus-ratus penduduk dibunuh sepanjang empat bulan operasi tegas ketenteraan ke atas umat Islam Rohingya, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam laporannya yang turut memperincikan segala bentuk kekejaman yang didakwa dilakukan ke atas orang awam di negeri Rakhine itu.

“Operasi pembersihan kawasan” itu menyebabkan beratus-ratus orang mati, menurut laporan yang dikeluarkan Pejabat Hak Asasi Manusia PBB, merujuk kepada tindakan keras tentera yang dilancarkan 10 Oktober lalu.

Laporan berdasarkan temu bual dengan 204 pelarian Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh itu menyebut, kemungkinan besar jenayah kemanusiaan berlaku di Myanmar.

Mangsa kekejaman menceritakan betapa ngeri dan tidak berperikemanusiaan perbuatan anggota keselamatan Myanmar atau pejuang awam yang bekerjasama dengan tentera dan polis.

“Seorang bayi lapan bulan dilaporkan terbunuh manakala ibunya dirogol lima pegawai keselamatan,” kata agensi itu dalam satu kenyataan akhbar yang memetik saksi.

PBB turut menerima laporan tiga kanak-kanak berusia enam atau mungkin lebih kecil yang “disembelih dengan pisau”.

“Kebencian jenis apa yang boleh membuatkan seorang lelaki menikam bayi yang menangis kerana mahukan susu ibunya,” kata Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Zeid bin Ra’ad Zeid al-Hussein dalam kenyataan itu.

“Operasi pembersihan jenis apakah ini? Apakah matlamat keselamatan negara yang mampu dicapai dengannya?”, katanya.

Dianggarkan 47 peratus daripada mereka yang ditemubual oleh PBB berkata, mereka mempunyai ahli keluarga yang terbunuh dalam operasi itu, manakala 43 peratus melaporkan dirogol.

Etnik Rohingya dibenci ramai kalangan majoriti penganut Buddha Myanmar.

Yangon enggan mengiktiraf Rohingya sebagai antara minoriti di negara ini, sebaliknya menganggap mereka sebagai Benggali atau pendatang tanpa izin dari negara jiran Bangladesh walaupun ramai yang tinggal di Myanmar sejak beberapa generasi lalu.

“Kerajaan Myanmar perlu segera menghentikan pencabulan hak asasi manusia yang serius terhadap rakyatnya sendiri, dan bukannya terus menafikan apa yang berlaku,” kata Zeid. – AFP
(BHONLINE)
© all rights reserved
made with by templateszoo