February 2017
#1MDB #BAJET2018 #H355 #PRU14 #ROHINGYA #RUU164 #RUU355 1 lawan 1 1MEDIA 1MediaTV 3penjuru A Kumaresan Abdul Rahman Malik ABIM Advertorial Advertorial Fastaqim 2.0 AES Afghanistan AG AGAMA AKTA 164 Alang Ibn Shukrimun Algeria Aljazeera amalmedia Amerika ANALISA Anwar Ibrahim ARTIKEL Azwan-Azmin BAITUL MAQDIS Bandar Tun Razak Banjir bencana BERITA BERITA UMUM BIASISWA BN BR1M Brazil Calon Johor Calon Kelantan Calon Perlis Calon Selangor Calon SeMalaysia Calon Wilayah Persekutuan Cars Cikgu Azizan City Cuaca Cuba Cuepacs DAP Dato' Iskandar A. Samad Datuk Ahmad Faris Abdul Halim Dhia Hani Dr Awang Azman Awang Pawi Dr Faris Marwan Dr Khairuddin Aman Razali Dr Mohd Zuhdi Marzuki Dr Muhammad Fathi Yusof Dr Riduan Mohamad Nor Dr Tanaka Mustafa Dr. Amini Amir Abdullah Dr. Fathi Yusof Dr. Kamarul Yusoff dunia DUNIA ISLAM Editorial 1Media EKNOMI EKONOMI ENGLISH Entertainment Fashion Felda FGV Fikri Allaudin Food Flotila for Arakan Mynammar(FFAM) Foods Gagasan OKU Muqarabun Gagasan Sejahtera GALERI Gallery gaza GERAKAN Global GPMS Graphic Design GST hadi awang Hari Raya Herman Samsudeen ICR IG Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah 2017 Ijtimak Kelantan 2017 Ijtimak Perpaduan Ummah 2017 IKSIM IMAMS INDONESIA INFO insiden Islam Israel ISU JAKIM jenayah Johor Kalam Perantau kanada karya Kedah Kelantan kembara Kerajaan Teknokrat kesihatan KESIHATAN DAN GAYA HIDUP KIRIMAN kiriman pembaca komentar konflik Kongres Rakyat konspirasi Konvensyen Kebangkitan Ummah (KKU) LEBAI Lee Chai Kee LEMBARAN SEJARAH Liberalisme LIPATAN SEJARAH LUAR NEGARA M. Kamal Affandi MACMA Maghi Sining Nok Royak Mahamad Naser Disa Malaysia Sejahtera Manifesto MASJID MCA Melaka MEMALI MERDEKA Mesir meteor Geminids MH370 Mohd Khairul Anwar al-Idrus Mohd Nor Hamzah Motion Design Motivasi Movies MP/ADUN PAS Musa Awang Music MyAqsa MyDeposit MyPPP N9 nasional Nature Nazman Che Iberahim NGO NGO Pendidik Nigeria Nik Abduh NUTP P.PINANG Pahang PAKATAN HARAPAN Pakistan PALESTIN PAS PBB PCM Pelancongan PENGGUNA People Perak PERKASA PERLIS PERSONALITI PGSM PH PHM Phone pilihan PKR POLITIK PPBM PPIM PPMM PPSMI Print Design PRM Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain PRU14 PSM Pulau Pinang Rajaluddin Ahmad Ramadhan resepi Roslan SMS ROYALTI Sabah SABAH & SARAWAK Sarawak SELANGOR semasa Seni dan Kebudayaan Seniman Server Short Shuhaimi Al-Maniri SOSMA Sports SPR sprm sukan Surat Pembaca Swaziland Syed Ahmad Fadhli Syria Tahukah anda Tan Sri Jins Shamsudin Technology TEKNOLOGI TEKNORAT TERENGGANU Test TGNA tips Title tmp Travel Trump tun m UbahTV UCP UMMAH UMNO UNDANG-UNDANG Update USNO Video Wan Ahmad Fauzi bin Wan Husain WANITA waran tangkap Web Design ziarah kubur Zimbabwe Zin Mahmud

Kita tidak akan menghalang mana-mana parti bertan­ding. Kita di dalam parti Islam ini akan terus berusaha bagi memastikan Kelantan kekal milik PAS.

KOTA BHARU 27 Feb. – PAS yakin dapat mengekalkan kuasa di ne­geri ini sekalipun bakal berdepan tentangan sengit daripada Barisan Nasional (BN) dan parti serpihannya, PAN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Abdul Fattah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, PAS akan menghadapi saingan tersebut dengan tenang selain yakin mampu memperoleh keputusan lebih baik.

Katanya, pada masa ini, PAS akan terus berusaha meningkatkan gerak kerja dan melakukan persiapan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan dalam pilihan raya kali ini yang disifatkan lebih mencabar.

“Kita tidak akan menghalang mana-mana parti bertan­ding. Kita di dalam parti Islam ini akan terus berusaha bagi memastikan Kelantan kekal milik PAS.

“Sebelum ini, ki­ta juga pernah lalui pertandingan tiga atau empat penjuru dan Alhamdulilah kita masih mendapat kepercayaan rakyat,” katanya kepada pemberita selePAS menutup Majlis Mahrajan Amal Islami Muallaf peringkat negeri Kelantan, di sini hari ini.

Semalam, Ahli Par­limen Gua Musang, Tengku Razaleigh Ham­zah melontarkan ke­ya­kinan bahawa BN mampu menamatkan penguasaan 27 tahun Kerajaan PAS Kelantan dalam PRU-14.

Veteran UMNO itu di­laporkan berkata, ke­yakinan tersebut ber­dasarkan beberapa faktor antaranya perpecahan dalaman PAS selain kerajaan negeri gagal membawa sebarang perubahan sepanjang memerintah.

Sebelum itu, PAN negeri mengesahkan akan bertanding sekurang-kurang 30 kerusi Dewan Undangan Ne­geri (DUN) dan enam kawasan Parlimen dalam PRU-14 di Kelantan.

Dalam perkembangan lain, Abdul Fattah yang Yang Dipertua PAS Tanah Merah berkata, semua pihak perlu memberi sokongan dan bimbingan kepada golongan muallaf.---Utusan Online


Anda Kreatif? 
Jom sertai Pertandingan Cipta Logo sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 63.

HADIAH

Hadiah Utama  : Wang Tunai RM1630
Hadiah Saguhati : Wang Tunai RM100 x 10 pemenang

TARIKH TUTUP :  3 Mac 2017 (12.00 tengah malam)

Terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari web rasmi www.pas.org.my/logomuktamar

Jom serlahkan kreativiti anda! Subhanallah...:)

#logomuktamar

Saya terkejut bila membaca bagaimana Ahmad Lutfi tergamak mendedahkan perbualan santai peribadinya dengan "seorang pimpinan tertinggi PAS", "yang juga seorang ulama terkenal", "terutama tentang kesihatan" ke khalayak umum. -  Dr Kamaruzaman Yusoff, UUM.

Tulisan bekas Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, bertajuk "Momentum kedua perpecahan besar PAS", di dalam portal berita Malaysiadateline hari ini, 27 Februari 2017, pada hemat saya, adalah satu tulisan yang tidak beretika.

Saya terkejut bila membaca bagaimana Ahmad Lutfi tergamak mendedahkan perbualan santai peribadinya dengan "seorang pimpinan tertinggi PAS", "yang juga seorang ulama terkenal", "terutama tentang kesihatan" ke khalayak umum.

Tidak sukar bagi sesiapa yang tidak terlepas dari mengikuti tulisan mahupun permasalahan kesihatan Ahmad Lutfi untuk meneka dengan tepat identiti "pimpinan tertinggi PAS", "yang juga seorang ulama terkenal", yang beliau petik perbualannya ini.

Menggunakan nama "ulama terkenal", yang tidak lagi dapat mempertahankan diri kerana telah berpindah ke alam lain, untuk menimbulkan persepsi negatif kepada mana-mana pihak, apatah lagi kepada diri beliau sendiri, adalah tidak wajar.

Pohon maaf, hilang penghormatan saya kepada Ahmad Lutfi hari ini.

Petikan Tulisan Ahmad Lutfi Othman

Sejurus selepas program pemukiman PAS Pusat di sebuah hotel di Kuala Selangor, hampir tiga tahun lalu, saya berkunjung ke kediaman seorang pimpinan tertingginya, yang juga seorang ulama terkenal. Kami bersembang santai, terutama tentang kesihatan. Menyentuh soal polemik dalaman parti yang kecoh ketika itu, tokoh berkenaan membayangkan kemungkinan Pas mencari sekutu yang baru, meninggalkan Pakatan Rakyat.

Saya bertanya, mungkinkan PAS kembali bertanding solo? Jawabnya, kalau PAS berseorangan, yang pasti semua kerusi di Johor dan Selangor akan kalah. Maknanya, beliau menyedari keperluan membentuk pakatan yang baru. Saya tidak rasa yang dirujuknya adalah Blok Ketiga, iaitu persefahaman bersama parti kecil, Ikatan, yang membentuk Gagasan Sejahtera, yang belum pun wujud ketika itu.

Ditanya lanjut, apakah pakatan baru dengan Umno. Jawabnya sambil tersenyum, tidak semestinya.


Engine Overheat....apa puncanya?

Jom kita lihat satu-satu persatu mengikut kes.

1. Anda bawa kereta waktu tengahari...dan anda tersangkut dengan kesesakan lalulintas, tiba-tiba temperature engine naik?
Tetapi semasa bergerak....indicator suhu turun semula kepada normal.
Punca: Radiator Fan tak berfungsi mungkin kerana motor rosak ataupun fuse rosak.

2. Anda baru memandu waktu pagi ke tempat kerja...tak sampai 10 minit memandu....tiba-tiba temperature enjin naik?
Anda periksa, tiada hose yang bocor, radiator tak pecah.
Punca: Thermostat rosak atau Water Pump

3. Anda memandu, tiba-tiba enjin anda dah macam sauna, berasap.
Punca: Ada kebocoran hose ataupun upper radiator tank crack.

4. Anda memandu tempoh yang lama...awalnya tiada masalah tiba-tiba enjin panas. Anda periksa under hood, tiada sauna...tiada hose yang bocor, radiator tak pecah.....radiator fan ok. 
Tapi air kering !!!!
Punca: Air dah berzaman tak top up atau gasket ada kebocoran kecil (bila buka radiator cap....nampak buih buih kecil naik, itu tanda ada kebocoran gasket)

5. Anda memandu dalam tempoh lama.....tiba-tiba temperature enjin naik.
Anda berhenti....anda tengok tiada wap air.....tiada tanda-tanda hos bocor...selepas enjin sejuk, anda buka radiator cap...air penuh.
Radiator Fan pun berfungsi baik...dah tu apa?
Punca: Sensor Problem

6. Anda memandu.....enjin tak panas, tapi lepas isi minyak, anda yang jadi panas...!!!!
Punca: Minyak naik harga

Sejak 1978 hingga sekarang, sudah tidak terkira banyaknya selaran, kritikan dan kutukan yang Tun Dr Mahathir hamburkan terhadap PAS dan dasar perjuangan PAS. Belum pernah sekalipun beliau meminta maaf di atas perlakuan beliau ini tidak sebagaimana yang beliau lalukan ke atas DAP. 

Saya tidak pelik dengan pelbagai kenyataan negatif yang dihamburkan oleh Penasihat PPBM, Tun Dr Mahathir, terhadap PAS dan dasar perjuangan PAS, walaupun pada masa yang sama Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin, dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz, masih cuba mendekati PAS.

Ini kerana sejak beliau belum menjadi Perdana Menteri lagi pun Tun Dr Mahathir telah menunjukkan sikap permusuhan yang luar biasa terhadap PAS dan dasar perjuangan PAS. Contoh ketara adalah tuduhan terbuka yang beliau buat pada tahun 1978 bahawa “PAS lebih berbahaya daripada komunis”.

Ekoran tuduhan ini, Dewan Ulama’ PAS Pusat pun membuat keputusan mendesak Tun Dr Mahathir menariknya balik. Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir, di dalam surat balas beliau kepada surat Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Datuk Nik Abdul Aziz, bertegas mempertahankan tuduhan beliau ini.

Sejak 1978 hingga sekarang, sudah tidak terkira banyaknya selaran, kritikan dan kutukan yang Tun Dr Mahathir hamburkan terhadap PAS dan dasar perjuangan PAS. Belum pernah sekalipun beliau meminta maaf di atas perlakuan beliau ini tidak sebagaimana yang beliau lalukan ke atas DAP.

Kesimpulannya ialah: Jika masih ada di kalangan pimpinan PAS yang mahu bekerjasama dengan PPBM, khususnya mereka yang hanya mula berjinak-jinak dengan PAS pada era 1990-an, ketahuilah bahawa pendirian Tun Dr Mahathir terhadap PAS dan dasar perjuangan PAS tidak pernah berubah.

Jika Tun Dr Mahathir mahu bekerjasama dengan PAS, beliau perlulah terlebih dahulu didesak untuk menarik balik segala selaran, kritikan dan kutukan yang beliau hamburkan terhadap PAS dan dasar perjuangan PAS serta memohon maaf di atas segala kezaliman yang beliau lakukan terhadap PAS.

Dr Kamarul Zaman Yusoff


UMNO serang PAS, DAP serang PAS, Husam serang PAS. Dia menyerang Dato' Ahmad Yaakob, Menteri Besar Kelantan yang cuma mewarisi dari pentadbiran sebelumnya masalah-masalah yang Husam sedang bangkitkan. Dato' Ahmad Yaakob dan pasukannya pula yang kena berhempas pulas menyelesaikan masalah satu persatu.

Saya tak tahu apa tujuan Husam. Dia menyerang kerajaan PAS Kelantan hingga orang UMNO pun bertepuk tangan.


Sedangkan dia adalah sebahagian dari kerajaan dan sebahagian dari masalah masalah yang telah berlaku.


Dia menyerang Dato' Ahmad Yaakob, Menteri Besar Kelantan yang cuma mewarisi dari pentadbiran sebelumnya masalah masalah yang Husam sedang bangkitkan. Dato' Ahmad Yaakob dan pasukannya pula yang kena berhempas pulas menyelesaikan masalah satu persatu.

Masalah itu berlaku sejak Almarhum Tok Guru Nik Aziz jadi Menteri Besar dan orang yang paling diberi kepercayaan oleh almarhum adalah Husam sendiri. Projek projek yang bermasalah sekarang, ada 'kelibat' Husam di sebaliknya.

Seperti sindiran wakil rakyat UMNO di Sidang DUN Kelantan yang menyebut kambing jamnapari...dia!, Kelantan Golden Trade..dia!, lebuhraya...dia!

Sejak bila Husam jadi penyerang Kerajaan PAS Kelantan? Pernah dia berbuat demikian sebelum ini?Sejak Almarhum Tok Guru Nik Aziz tidak menamakan Husam sebagai Menteri Besar Kelantan menggantikan beliau. Sejak Tok Guru Nik Aziz merestui keputusan agar Husam tidak lagi menjadi exco kerajaan Kelantan. Sejak Tok Guru Nik Aziz tidak lagi termakan dengan percubaan melaga lagakannya dengan DS TGHH.

Sejak beliau kalah pemilihan di muktamar.Sejak itu Husam berubah. Dia bukan lagi mempertahankan kerajaan PAS. Tapi bekerja kuat untuk hasut rakyat agar hilang keyakinan kepada PAS.Dia bertindak sama saja seperti PAN mensabotaj PAS.

PAN bertindak sama saja seperti DAP mensabotaj PAS.Husam bertindak sama saja seperti DAP yang mendokong PAN.UMNO serang PAS, DAP serang PAS, Husam serang PAS.

Di Kelantan, jatuhnya PAS, yang naik bukan PAN dan bukan DAP. Jika bukan PAS, yang naik adalah UMNO.Kuat sungguh kerja Husam untuk beri faedah kepada UMNO.

Mereka sebarkan konon DS TGHH sejak jatuh sakit dulu sudah tidak betul pemikirannya.Tapi saya baru sekejap tadi berbual dengan Dato' Hashim Timbalan Ketua Polis Terengganu yang turut serta dalam rombongan Ketua Polis Terengganu yang berkunjung hormat ke Pejabat Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia di Rusila, Marang, DS TGHH yang menyatakan hormat atas ketinggian ilmu dan ketajaman pemikiran DS TGHH sepanjang perbincangan yang berlangsung agak lama.

Kita pun tahu DS TGHH ke Jepun, Singapura dan pelbagai pelusuk dunia.Takkanlah orang yang 'fikiran tak betul' boleh hadapi ini semua yang berkaitan kelompok manusia yang bukan calang calang.Yang rakyat boleh nampak semakin jelas adalah kelompok pengkhianat inilah yang tidak betul pemikirannya dan penuh dengan 'penyakit'.

Mulut berkata mahu jatuhkan UMNO tetapi tindakan mereka memberi nyawa kepada UMNO.Mulut berkata mahu perjuangkan rakyat. Tapi tindakan mereka tidak matang dan tidak bertanggung jawab sehingga menjadikan politik satu sarkis yang mengheret rakyat dengan keputusan keputusan yang menyusah dan meresahkan rakyat.Mengaku berjuang Islam tetapi bersekongkol dengan yang mengambil sikap anti perjuangan Islam.

Hj Ahmad Amzad Hashim
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
#istiqamah

“We understand the scenario here, where (other opposition parties) want Sabah for Sabahans, and we are aware that the people will be more focused on parties close to them. Sabah PAS hopes to contest in 20 state and four parliamentary seats, including some of the 13 proposed new state seats." Mustafa Ali

KOTA KINABALU: Sabah PAS is hoping to ‘tie up’ with other opposition parties in the state to face the 14th general election, with its Election Director, Datuk Mustafa Ali, saying PAS is everywhere and we appeal to everyone.

However, Mustafa said that any ongoing discussion is “only being done unofficially” as PAS has broken off with leading federal-based opposition parties like Amanah, DAP and PKR.
Mustafa said they were ready to discuss any collaboration, especially with Sabah-based parties.
“Otherwise, we will face the election on our own,” he told a media conference here Sunday said their visit to Sabah was to observe the political situation here, following reports that state elections could be held earlier.
“We understand the scenario here, where (other opposition parties) want Sabah for Sabahans, and we are aware that the people will be more focused on parties close to them.”
He also disclosed that Sabah PAS hopes to contest in 20 state and four parliamentary seats, including some of the 13 proposed new state seats.
He said however it is up to the PAS election centre to review the recommendations and a decision will be reached later.
In the 13th general election, Sabah PAS contested in nine state and two parliamentary seats, under the federal-based opposition pact with DAP and PKR but they have since cut ties with the two.
PAS did not win any seat. It has been further weakened in Sabah when a group of their leaders and members crossed over to the splinter party – Parti Amanah Negara.

Perspektif positif, isu RUU 355 ini membuatkan ada di antara kita mula menimba ilmu mengenai aspek perundangan di Malaysia. Mereka ingin tahu bagaimanakah sesuatu rang undang undang itu diluluskan.

Oleh Shahbudin Embun

PERBINCANGAN dan perbahasan mengenai rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 semakin hangat dibincangkan dalam kalangan kita.

Ada yang menentang dan ada yang menyokong, dan setiap hari ada sahaja hujah dan pendapat baharu berkisar kepada isu ini.

Inilah demokrasi, di mana rakyat diberi kebebasan menyatakan pandangan masing-masing. Sama ada kita menyokong atau menentang isu RUU 355 ini, berikanlah pendapat berdasarkan pada pengetahuan dan jangan jadi ‘pak turut’ yang hanya boleh diibaratkan seperti tin kosong. Kita juga tidak boleh menafikan hakikat kebanyakan kita cepat membuat kenyataan mengikut perasaan dan hawa nafsu.

Apa yang lebih membimbangkan, ada pihak menyamakan Pindaan Akta 355 ini seperti undang-undang yang sangat zalim dan bersifat ekstrem. Kenyataan seperti ini mampu mengundang rasa tidak selesa dan jika dibiarkan, pastinya akan menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Buang persepsi, polemik

Dan apabila ini berlaku, maka akan timbul pula isu tuduh menuduh dan menuding jari, yang akhirnya tiada sebarang keputusan dicapai. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang menuduh Pindaan Akta 355 ini akan memberi kelebihan kepada pihak lain khasnya dari segi politik.

Tuduhan ini seolah-olah menggambarkan segala-galanya dikaitkan dengan politik. Buang segala persepsi bahawa isu ini berkaitan dengan politik dan jangan jadikannya polemik.

Adakah kehidupan seharian kita dikawal dan dipengaruhi faktor politik semata-mata? Mengapakah kita suka mempolitikkan setiap isu yang hangat dibincangkan? Adakah semua yang dirancang tidak ada elemen keikhlasan langsung di dalamnya? Itu sebabnya ada beberapa perancangan dan program yang diatur kerajaan, akan dicemuh juga dengan alasan program ini dibuat semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat demi survival politik.

Mengapa kita tidak berfikir dengan lebih terbuka dan melihat dari pelbagai sudut sebelum membuat sebarang kenyataan atau keputusan?.

Jika dilihat dari perspektif positif, isu RUU 355 ini membuatkan ada di antara kita mula menimba ilmu mengenai aspek perundangan di Malaysia. Mereka ingin tahu bagaimanakah sesuatu rang undang undang itu diluluskan. Apakah prosedur yang perlu dilalui dan bagaimana pula peranan Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam membuat keputusan mengenai sesuatu Rang Undang Undang itu. Isu RUU355 ini juga membuka mata dan minda semua untuk mempelajari tunjang pemerintahan negara.

Kini mungkin semakin ramai menaruh minat mengenai isu yang berkaitan dengan Perlembagaan dan perundangan negara. Apabila minda dan mata sudah dibuka, semakin ramai yang tidak melihat isu ini dari dalam tempurung.

Prihatin perundangan Islam

Isu ini juga membuatkan ramai mula mengambil berat akan sistem perundangan Islam di negara kita. Anak muda yang mengikuti isu RUU 355 pastinya ingin mengambil tahu dengan lebih mendalam akan sistem perundangan Islam di negara kita.

Semua isu ini sebenarnya sudah dibincang dan dibahaskan. Dan bagi mereka yang mengikutinya pasti sudah mendapat pengetahuan dalam Perlembagaan dan perundangan.

Itu sebabnya kita perlu melihat isu ini daripada sudut positif. Hentikanlah tuduhan dan cemuhan serta berikanlah pandangan bernas. Namun jika isu ini terus dipandang sebagai sesuatu yang negatif dan dikaitkan dengan permainan politik, maka akan lambat lagilah masyarakat kita untuk berbincang sesuatu isu dengan lebih matang dan bijaksana.---BHONLINE


Bermula pada 28 April hingga 1 Mei ini. Kita akan mengadakan pemilihan secara e-voting dan pengiraaan pun melalui computer.
ALOR SETAR, 24 Feb (Bernama) — Muktamar Tahunan PAS ke-63 pada 28 April hingga 1 Mei ini akan diadakan di Kedah dan dijangka dihadiri kira-kira 1,200 perwakilan dengan tumpuan utama kepada agenda pemilihan peringkat tertinggi dan sayap.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata program ‘Amanat Presiden dan Taklimat Setiausaha Agung’ pada malam 28 April akan membuka tirai muktamar secara tertutup.

Beliau berkata majlis perasmian dijadual pada 29 April di Kompleks PAS Kedah dengan agenda pemilihan parti dijangka akan dimulakan pada sebelah petang hari yang sama.

“Jangkakan kita kalau perancangan berjalan lancar kita akan mengadakan pemilihan secara e-voting dan pengiraaan pun melalui komputer. Saya jangkakan pada sebelah malam keputusan boleh diketahui.

“Kita ada jawatankuasa pemilihan PAS pusat diketuai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Wan Abdul Mutalib Embong dan insya-Allah pada 30 April atau 1 Mei PAS sudah ada kepimpinan baharu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Jelas Takiyuddin, bagi pemilihan di peringkat pusat, ia melibatkan jawatan presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 18 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, manakala bagi peringkat sayap, ia melibatan ketua, timbalan dan naib.

Tarikh ditetapkan untuk Muktamar Dewan Ulama ialah pada 28 April di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, Tandop, Muktamar Dewan Pemuda pada 27 hingga 28 April di Kompleks PAS Kedah dan Muktamar Dewan Muslimat juga pada 27 hingga 28 April di Pusat Pengajian Darul Hadis, Kampung Tok Keling, Alor Setar.

Pelbagai acara smpingan seperti pameran, jualan, dan persembahan artis nasyid akan dilangsungkan sepanjang muktamar berlangsung.— BERNAMA

Semua pihak perlu menghormati pandangan mufti dan tidak berterusan mencela perhimpunan solidariti Rang Undang-Undang 355 (RUU 355). Pandangan mufti adalah yang terbaik kerana mereka memiliki kelayakkan dan berkedudukan tinggi dalam bidang agama.

KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu menghormati pandangan mufti dan tidak berterusan mencela perhimpunan solidariti Rang Undang-Undang 355 (RUU 355).

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pandangan mufti adalah yang terbaik kerana mereka memiliki kelayakkan dan berkedudukan tinggi dalam bidang agama.

“Mufti di negara ini menyokog RUU 355 dan mereka menyifatkan perhimpunan itu sebagai luar biasa kerana dalam isu agama, ia boleh menyatupadukan umat.

“Jadi, tidak timbul tuduhan sesetengah pihak bahawa kalangan mufti bermain politik serta memihak kepada parti tertentu.

“Umat Islam yang mencintai syariat agama sudah semestinya amat berbangga melihat puluhan ribu umat Islam sanggup berhimpun di panas terik demi kepentingan agama mereka,” katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.

Syed Ali turut hairan kerana ada segelintir orang Islam berasa sakit hati, resah dan mencela RUU 355 termasuk melemparkan cercaan terhadap tokoh agamawan dan pemimpin Islam yang hadir pada perhimpunan tersebut.

“Ini bukan soal politik, ini membabitkan kepentingan agama dan syariat Islam.

“Sesetengah pihak termasuk apa yang dipanggil Melayu liberal diminta tidak mencela dan mempertikaikan perhimpunan yang dihadiri lebih 300,000 umat Islam di Padang Merbok, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

“Jangan lemparkan celaan dan penghinaan terhadap perhimpunan RUU 355, perhimpunan tersebut adalah kebangkitan umat untuk menegakkan syariat Islam,” tegasnya.

Malah tegasnya, RUU 355 tidak ada mengena kepada bukan Islam.

“Saya kecewa kerana orang Islan yang berpendidikan tinggi termasuk pemain politik menentang pindaan tersebut.

“Pindaan terhadap RUU 355 untuk memperkasakan institusi mahkamah syariah supaya berada di kedudukan tertinggi, tidak lagi diperlekehkan sesetengah pihak,” tegasnya.

Menurut beliau, perhimpunan tersebut telah menzahirkan kesediaan umat Islam untuk bangun bersatu dengan mengetepikan sentimen politik demi kepentingan agama.

“Ini satu isyarat jelas betapa umat Islam boleh bersatu dalam sesuatu keadaan bila mana kepentingan Islam diganggu atau tercabar,” tegasnya.

Syed Ali juga menolak dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa perhimpunan RUU 355 sebagai platform politik PAS untuk meraih undi.

“Pada hemat saya, tidak mungkin PAS berniat sedemikian, tetapi terpulang kepada beliau (Dr Mahathir) untuk membuat penilaiannya,” ujar beliau.

Mengenai desas-desus bahawa akan berlaku kerjasama politik membabitkan UMNO dan PAS, beliau berkata pelbagai andaian akan dibuat oleh banyak pihak.

“Ada yang kata melihat kejayaan perhimpunan RUU 355 yang membabitkan penyertaan pemimpin UMNO dan PAS, kerjasama itu akan berlaku, ini andaian semata-mata. “Jika kerjasama itu menjanjikan kebaikan dan bermanfaat kepada orang Melayu dan umat Islam, sewajarnya diberikan sokongan,” ujarnya.---Astro Awani

Saya mendesak Kerajaan agar membuat pemberitahuan perubahan harga minyak kepada pengguna dan lebih awal; bukan hanya dimaklumkan kepada pengusaha minyak sahaja.Pemberitahuan lebih awal kepada pengguna ini adalah sangat perlu bagi pengguna merancang perbelanjaan masing-masing - Dr. Mohd Khairuddin 

Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II pada awal bulan ini telah menyatakan kesediaan Kerajaan untuk mempertimbangkan penetapan harga siling bagi harga runcit petrol dan diesel di negara ini dan beliau sendiri mengakui bahawa ia adalah lebih adil untuk semua.

Oleh itu, saya menggesa Kerajaan agar segera menetapkan harga siling ini sebelum tiba bulan Mac ini yang dijangkakan harga runcit bahan api ini akan meningkat lebih tinggi lagi.

Pada Februari 2017, harga runcit RON95 dan RON97 naik 20 sen manakala harga runcit diesel pula naik 10 sen berbanding bulan sebelumnya menjadikan masing-masing dijual pada harga RM2.30, RM2.60 dan RM2.15 seliter.

Pada Mac tahun lalu pula, RON95, RON97 dan diesel masing-masing dijual pada harga RM1.60, RM1.95 dan RM1.35 seliter.

Ini bererti, dalam tempoh Mac 2016 hingga Februari 2017, harga runcit bahan api ini telah meningkat antara 30% hingga 60%. Ia adalah suatu peningkatan yang amat ketara bagi tempoh tersebut justeru sangat memberi kesan kepada pengguna ditambah lagi dengan peningkatan pelbagai kos sara hidup yang lain.

Selain menetapkan harga siling ini seperti yang pernah saya cadangkan sejak 2015 lagi ( Rujuk : http://drtakiri.blogspot.my/2015/07/minyak-naik-jangan-sampai-rakyat-naik.html ), saya juga mendesak Kerajaan agar membuat pemberitahuan perubahan harga minyak kepada pengguna dan lebih awal; bukan hanya dimaklumkan kepada pengusaha minyak sahaja.

Pemberitahuan lebih awal kepada pengguna ini adalah sangat perlu bagi pengguna merancang perbelanjaan masing-masing.

Sekian.

“Inilah Penyelesaian Kita”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

Ahli Parlimen Kuala Nerus

Kejayaan #H355 turut menjadi indikator bahawa PAS mampu mencipta, mengepalai dan mengawal keinginan rakyat.

Objektif utama penganjuran #H355 tentu sekali bagi menunjukkan sokongan terhadap RUU355 yang menjadi polemik hangat politik tanahair ketika ini. Ia bertujuan memberi signal kepada para ahli parlimen muslim untuk menyokong RUU ini. Justeru kejayaan sebenar H355 adalah apabila parlimen berjaya meluluskannya dalam sidang akan datang.

Namun di sebalik itu, #H355 telah berjaya mencipta banyak kejayaan sampingan yang tidak kurang besarnya kepada tanahair. Untuk tidak memberatkan pembaca, saya ringkaskan ianya kepada 12 sahaja.

1. KEJAYAAN MENGANJUR HIMPUNAN SEMATA-MATA ATAS NAMA ISLAM

Melalui #H355, PAS berjaya memainkan peranan yang sejak sekian lama diperjuangkannya iaitu membangkitkan kesedaran ummah tentang Islam. H355 sangat berbeza dengan himpunan-himpunan lain sebelum ini samada dalam atau luar negara. Walaupun ada himpunan yang turut dianjur oleh gerakan Islam lain seperti PAS di luar sana, tetapi himpunan tersebut tidak semata-mata atas sentimen agama.

Kebanyakannya himpunan atau demonstrasi lain menumpang sentimen kemanusiaan, penindasan atau penyelewengan untuk menarik peserta. Baik himpunan revolusi, Palestin, menentang penjajah atau sebagainya, semuanya itu memiliki nilai moraliti yang dikongsi bersama tanpa mengira batas agama.

Berbeza dengan H355, ianya mutlak atas nama Islam. Ia tidak ada kena mengena dengan soal penindasan, penyelewengan dan seumpamanya. Walaupun ada wakil BN yang berucap di pentas H355, tetapi imej penyelewengan dan kekejaman BN tidak memberi kesan signifikan terhadap kehadiran peserta.

Ini menunjukkan peserta benar-benar hadir atas sentimen pembelaan agama. Mereka hadir kerana faham. Inilah kejayaan unik PAS yang tidak ada dalam sejarah mana-mana bangsa.

2. KEJAYAAN MENUNJUKKAN HIMPUNAN PALING SISTEMATIK DAN PROFESIONAL

Sebuah lagi kejayaan unik buat PAS adalah berjaya menunjukkan contoh sebuah perhimpunan tanpa yang teratur, aman, bersih dan harmoni tanpa provokasi pra-matang. Dengan penyelarasan yang sangat baik antara sekretariat himpunan dengan pihak keselamatan dan DBKL, himpunan ini sangat berbeza dari himpunan anjuran pihak-pihak lain.

Berbanding dengan himpunan gergasi seperti GST dan beberapa siri Bersih anjuran pihak lain, himpunan kali ini sangat harmoni bermula dari peringkat perbincangan lagi. Tiada sebarang kontroversi yang timbul. Syarat ‘tuan tanah’ dipatuhi, rundingan dilakukan secara profesional tanpa melibatkan media sebagai pencetus propaganda mempengaruhi pertimbangan pihak berwajib.

Ia boleh dianggap satu kejayaan bagi menjadikan hujah selepas ini bahawa perhimpunan atau demokrasi tidaklah semestinya berakhir dengan kerugian. Ia juga boleh mematahkan pendapat agamawan yang mengharamkan demonstrasi atas alasan huru-hara.

3. KEJAYAAN KHUSUS BUAT JABATAN AMAL

Pujian wajar diberikan kepada Jabatan Amal Malaysia. Merekalah tulang belakang H355. Banyak kerja-kerja jentera kerajaan dipermudahkan oleh mereka. Baik dari kawalan lalu lintas, parkir kenderaan, bantuan kecemasan hinggalah mengawal provokasi yang cuba dicetuskan. Tindakan pantas menangkap seorang lelaki yang membakar bendera DAP perlu dibanggakan. Selain Jabatan Amal, tiada pihak yang dilihat memainkan peranan sebegini selain pihak polis dalam mana-mana himpunan.

Kalau saya tidak tersilap, belum ada gerakan Islam atau parti politik lain yang memiliki sebuah organisasi unik seperti Jabatan Amal. Tanpa gaji, tanpa keuntungan politik, tanpa kemasyhuran dan tanpa sebarang ganjaran, PAS berjaya menghimpunkan ribuan sukarelawan ikhlas seluruh negara melakukan kerja-kerja amal kerana Allah. H355 berjaya menunjukkan kepada dunia seluruhnya, organisasi di bawah PAS ini adalah entiti yang sangat berkaliber.

Berdasarkan prestasi yang semakin baik, Jabatan Amal wajar diberikan anugerah merit oleh pihak keselamatan negara. Mereka juga boleh diangkat sebagai sukarelawan keselamatan rasmi yang diberikan kepercayaan oleh pihak polis seperti skuad Rela. Sekiranya ada pihak lain mahu meminta permit menganjurkan sebarang himpunan, pihak polis boleh mengsyaratkan agar penganjur melantik Jabatan Amal sebagai pengawal keselamatan.

4. KEJAYAAN MENARIK SOKONGAN RAKYAT TANPA PEMBANGKANG LAIN.

Kejayaan seterusnya adalah membuktikan kepada semua kumpulan pembangkang lain, PAS mampu berdiri di atas kaki sendiri. Ratusan ribu yang hadir mampu menutup pengkritik yang mengatakan PAS bakal tenggelam dari arus politik negara jika tidak bersama blok Pakatan Harapan.

Ini sekaligus membuktikan idea PAS membentuk blok politik ketiga bukan sebuah retorik. Penyertaan beberapa parti kecil dan ratusan NGO bersama blok Gagasan Sejahtera sudah cukup untuk membuktikan PAS memahami tuntutan sebilangan besar rakyat Malaysia.

Hakikat yang tidak dapat dinafikan, PAS memiliki kekuatan sendiri dan tidak perlu menumpang pihak lain. Perkara ini sememangnya sudah dapat dikesan awal oleh parti politik lain samada pemerintah mahupun pembangkang. Kerana itulah Umno terus mencari peluang bekerjasama dengan PAS. PH dan sekutu yang sebelum ini mendabik dada kesombongan menyisihkan PAS, kini sanggup berlutut dan cium kaki demi mengharap PAS bersama.

5. KEJAYAAN SENI KERJASAMA DENGAN KERAJAAN

Kejayaan seterusnya adalah mengambil peluang dari kerjasama dengan kerajaan. Walaupun ramai pihak mengecam sikap PAS yang tidak ‘lawan cacang’ kerajaan, tetapi PAS tidak mempedulikannya. Dalam isu RUU355, ramai berkata PAS telah ditipu Umno. Dakwa mereka, Umno tidak ikhlas menyokong RUU355. Umno hanya gunakan isu ini untuk selamatkan diri yang sudah kelemasan. Kalau betul Umno ikhlas, sudah lama mereka lakukan kerana PAS sudah membawa perkara ini di Parlimen sejak sekian lama.

Tidak dinafikan ada munasabah semua pandangan itu. Tetapi PAS bijak menggunakan peluang yang terhidang untuk mencapai matlamat perjuangan dan dalam masa yang sama tidak merugikan imej politik. Kalau benar Umno hanya berlakon untuk mengembalikan sokongan, mereka telah tersilap langkah kerana yang naik nama dalam isu RUU355 dan juga H355 adalah PAS dan bukannya Umno. Mereka cuma menyebabkan ahli Umno sendiri yang tertarik kepada PAS, tanpa ahli PAS atau non-partisan lain tertarik dengan mereka.

Sama juga seperti isu Rohingya. Umno melalui jentera kerajaan mengambil peluang semaksima mungkin untuk membuktikan mereka juara isu ini. Tetapi kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan majoriti responden selain dari bersetuju dengan kerjasama tanpa mengira batas politik dalam isu ini, mereka juga bersetuju tindakan Umno hanya bersifat politik.

6. KEJAYAAN MENGEPALAI ISU

PAS sebagai sebuah parti politik bukan kerajaan. Tetapi mampu menganjurkan sebuah himpunan dengan melibatkan tokoh tertinggi kerajaan seperti Menteri dan Mufti selain bekas-bekas menteri, wakil rakyat serta pegawai kerajaan berpangkat JUSA. Turut hadir adalah tokoh-tokoh dari NGO-NGO berpengaruh negara seperti para ayahanda Pekida dan Perkasa.

Perkara ini adalah satu lakaran kejayaan ke arah kematangan politik negara. PAS membuktikan bahawa walaupun dikategorikan sebagai pembangkang, tetapi mampu membawa budaya politik yang sangat matang sebaris kemajuan politik negara-negara maju. Berdiri di atas satu tujuan, PAS berjaya membuang sentimen lain yang menyebabkan perpecahan. Bukti BPMS bukanlah gagasan bersifat retorik.

Kejayaan H355 turut menjadi indikator bahawa PAS mampu mencipta, mengepalai dan mengawal keinginan rakyat. Umum mengetahui sejak dari awal, RUU355 adalah dicetuskan oleh PAS sendirian. Walaupun tanpa sokongan media arus perdana dan turut mendapat tentangan dari portal siber terkemuka, PAS tetap berjaya mengetengahkan idea mereka di persada negara.

7. KEMAMPUAN PAS MENGAMBIL ALIH KERAJAAN

Kejayaan H355 sekaligus membuang keraguan dari kepala rakyat yang takut melakukan perubahan. Dengan berbagai kesusahan yang dirasa, rakyat sedar negara perlukan perubahan dalam pentadbiran kerajaan. Tetapi yang menjadi penghalang selama ini adalah persoalan seperti apakah pengganti ini lebih baik dari yang sedia ada? Apakah jaminan tidak berlaku kekacauan sekiranya kerajaan berubah?

Selama ini rakyat takut untuk bersama pembangkang kerana bimbang huru-hara tercetus. Revolusi demi revolusi yang berlaku di peringkat antarabangsa menyebabkan rakyat fobia untuk berubah. Ditambah sikap parti pembangkang lain yang mesra keganasan dan cuba mengimport pendekatan Arab Spring dalam mengguling kerajaan, ini semua menjadi faktor kerajaan sekarang masih dikekalkan.

Pasca H355, PAS sudah buktikan bagaimana harmoninya pendekatan politik yang PAS amalkan. Tidak menimbulkan masalah dengan pihak keselamatan, mengundang pihak dari berbagai segmen dan ideologi, mengurus dengan baik aset kerajaan, rundingan yang matang, mematahkan cubaan provokasi dengan berhemah, memiliki pasukan sehebat Jabatan Amal dan ratusan ribu ahli yang patuh arahan dan cintakan keamanan, semua ini sepatutnya sudah menghilangkan keraguan bahawa PAS mampu mengendalikan peralihan kuasa dengan baik.

8. KEJAYAAN MENARIK GOLONGAN ATAS PAGAR

Walaupun boleh dikatakan hampir semuanya adalah melayu muslim, peserta H355 datang dari berbagai kumpulan. Ramai dikalangan mereka yang sebelum ini tidak pedulikan politik dan tidak berpihak kepada mana-mana (atas pagar). Golongan inilah yang menjadi penentu politik tanahair. Nisbah golongan yang sudah memiliki ideologi politik pula sedikit sahaja.

Masalah golongan ini ialah mereka tidak minat politik. Kalau mereka mengundi, mereka akan buat keputusan di saat akhir iaitu beberapa hari menjelang pilihanraya. Ini yang menyebabkan mereka mudah menerima dakyah media.

PRU13 lepas, isu yang menguasai minda mereka adalah PAS kuda DAP. Umno memainkan isu ini dengan jayanya melalui setiap medium yang dimiliki. Golongan yang bimbang ancaman terhadap agama Islam dalam negara tetapi tidak mengambil tahu isu politik memang mudah termakan.

Walaupun selepas berputus dengan DAP, golongan ini masih ingat PAS bersama DAP. Tetapi dengan apa yang dilihat semasa H355, PAS sudah membuang sentimen itu dan Umno sudah tiada alasan lain untuk menyerang PAS.

9. KEJAYAAN MENGIKIS SIKAP ANTI-POLITIK

Ada yang masih alergik dengan politik kerana menganggap politik telah memecahbelahkan perpaduan negara. Jika dibelek lipatan sejarah negara, memang perkara ini berlaku. Kerana politik, sanggup putus silaturahim, bermusuhan malah berbunuhan. Politik kebencian ini disemai melalui media-media arus perdana sejak sekian lama. Sebelum ini belum ada gagasan politik matang yang dibawa.

Tetapi PAS berjaya membawa imej baru politik melalui H355 ini. PAS masih berperanan di medan politik, tetapi menggunakan politik sebagai medan penyatuan ummah. PAS membuang segala tohmahan yang mengaitkan politik sebagai punca perbalahan.

Ada NGO-NGO yang sebelum ini ditubuhkan kerana muak dengan budaya politik negara. Tetapi setelah PAS memperkenalkan blok ketiga Gagasan Sejahtera, mereka bersetuju untuk bersama. Dalam isu RUU355 pula, mereka sudah menerima politik PAS!

10. KEJAYAAN MELEBAR LUAS RUANG DAKWAH

Dahulu, institusi kerajaan, media massa, NGO mahupun rakyat awam sangat takut untuk bercakap mengenai syariat Islam apatah lagi bab hudud. Sekiranya mereka dikesan menyokong perkara berkaitan syariat atau hudud, terus akan dicop sebagai pembangkang lalu menerima berbagai tekanan. Kakitangan awam ditukar ke sana sini. Peniaga dan sektor swasta akan dianak tirikan. NGO akan diganggu operasinya. Orang awam akan dinafikan hak, bantuan ataupun subsidi. Pekara ini biasa kita dengar zaman-berzaman.

Selepas PAS membawa agenda RUU355 dengan memanfaatkan kedudukan politik pemerintah yang lemah, PAS berjaya memecahkan tembok ketakutan yang selama ini menghantui banyak pihak. Oleh kerana RUU355 yang jelas memiliki elemen penegakan syariah Islam disokong secara terbuka oleh pihak kerajaan, orang ramai tidak lagi takut berbicara mengenainya.

Menerusi H355, ada Menteri dan juga mufti yang berbicara lantang penuh tegas mempertahankan hak umat Islam menerima RUU355. Sebelum itupun, sudah banyak siri-siri penerangan RUU355 dilakukan atas nama kerajaan. Sikap mereka telah menjadi modal kepada orang bawahan untuk turut memainkan peranan secara terbuka. Di kementerian, jabatan, pusat pentadbiran atau apa jua institusi kerajaan, orang sudah tidak teragak-agak bercakap mengenai Islam hingga ke tahap hudud. Sesuatu yang sangat berbeza jika dibanding zaman 60an hingga 90an dahulu.

PAS berjaya membuka ruang dakwah selebar mungkin. Media massa boleh mengambil manfaat untuk mengupas isu ini tanpa perlu takut. Tokoh PAS diundang ke pelbagai sektor kerajaan memberi penerangan tentang syariat Islam tanpa perlu berselindung lagi. Penceramah juga sudah tidak risau mengisytihar diri sebagai AJK PAS. Kejayaan ini sangat bermakna bagi mereka yang berada di lapangan dakwah.

11. KEJAYAAN MEMPERKASA DAKWAH FARDI

Dengan himpunan yang diadakan di tengah perut ibu negara Malaysia ini, maklumat mengenai syariat Islam telah tersebar merata-rata. Sebelum H355, maklumat mengenai RUU355 boleh dikatakan tidak menyeluruh terutama bagi mereka yang tidak mempedulikan isu-isu semasa. PAS pula tidak mengambil pendekatan populis dengan mencetus kontroversi atau propaganda sebagaimana pihak lain lakukan untuk meraih publisiti.

Tetapi beberapa hari menjelang H355, khabar mengenainya semakin menembusi sempadan golongan tersebut. Arahan meragakan baju RUU355 sebelum himpunan menyebabkan orang ingin tahu apa maksud disebalik tulisan di baju itu. Hari kejadian, orang awam yang tidak memahami secara jelas tidak malu lagi untuk bertanya dan meminta penjelasan dari para peserta yang berlegar di sana-sini. Di stesen bas, RnR, stesen LRT dan di mana-mana, baju RUU355 terus kelihatan.

Saya melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana reaksi positif orang awam terhadap kami pemakai baju RUU355. Saya sendiri tidak kurang 3 kali di'temuramah' oleh orang awam. Kalau setiap orang menerima seorang sahaja "mad'u", jumlahnya sudah berganda!

Bagi meneruskan gelombang H355, hari ini Pengarah H355 menyarankan agar baju H355 atau sekurangnya Ungu terus dipakai pada setiap hari Sabtu. Untuk makluman, baju yang sudah terjual dari berbagai pihak dianggarkan mencapai setengah juta unit. Ini bermakna setengah juta rakyat Malaysia memiliki baju H355. Itupun masih ramai kenalan menghubungi saya untuk mendapatkan baju ini walaupun himpunan telah berakhir. Seandainya saranan pengarah itu disahut, pasti dakwah fardi dalam memperkenalkan konsep Islam menangani masalah jenayah dan sosial masyarakat terus berkembang dan berkembang. Ini juga satu kejayaan yang signifikan buat penggiat dakwah dan seluruh umat Islam.

12. KEJAYAAN MEMBAWA ISLAM TANPA FANATIK

Akhir sekali, PAS berjaya membawa contoh perjuangan atas nama agama, tanpa bersikap fanatik dan keterlaluan. Ini perkara yang sangat sukar dilakukan oleh mana-mana gerakan Islam di dunia. Kebanyakan akan lebih cenderung samada menjadi radikal dan syadid, atau menjadi sekular dan longgar pegangan terhadap syariah.

Bayangkan sebuah himpunan bermotif agama seperti H355, tiba-tiba PAS berjaya membawa golongan bukan Islam ke pentas ucapan. Mereka bukan sekadar tidak membantah, malah bersetuju, menyokong bahkan bersama memperjuangkan isu umat Islam ini.

Mustahil mereka sokong kerana akidah. Jika tidak, sudah lama mereka peluk Islam. Tentu sekali ini adalah bukti PAS mampu menyampaikan dengan baik keindahan syariat Islam jika ia berjaya dilaksanakan. Bukan Islam yang hadir ini faham bahawa mengikut penilaian sebagai seorang manusia normal tanpa mengambilkira sentimen agama, bagi mereka syariat Islam adalah cara terbaik untuk mengurus pentadbiran negara.

Sebenarnya banyak lagi kejayaan sampingan yang diraih hasil H355 ini. Tetapi 12 di atas bagi saya sudah terlalu banya k untuk dihuraikan. Cukuplah sekadar ini dahulu pengamatan dari saya. Semoga PAS terus istiqamah dengan pendekatan UNIK ini.

(Alang Ibn Shukrimun)

Gelombang #H355 atau gelombang ungu mesti diteruskan sehinggalah kejayaan meminda Akta 355 benar-benar dimuktamadkan. Sekurang-kurang pada setiap hari SABTU, seluruh rakyat Malaysia mestilah memakai pakaian H355 yang bertemakan warna ungu." - Nasrudin bin Hassan, Mantan Pengarah H355

Gelombang H355 : Ungu Setiap SABTU

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Mantan Pengarah H355

1. H355 membentuk satu gelombang rakyat yang sangat luar biasa. Mereka mahu Akta 355 dipinda tanpa sebarang halangan dan sabotaj.

2. Sidang parlimen akan bermula pada 6 March dan berakhir pada 6 April 2017. Antara tempoh itu, Rang Undang-undang bagi maksud meminda Akta 355 akan sekali lagi dibentang.

3. Samaada pembentangan itu dari pihak Ahli Parlimen Bukan Kerajaan iaitu Dato’ Seri TG Hj Abdul Hadi Awang ataupun pihak kerajaan menjadikannya Bill Kerajaan lalu dibentang oleh pihak Menteri.

4. Apa yang penting, Pindaan Akta 355 mesti disokong dan diluluskan di Parlimen kelak. Rakyat mesti terus bangkit mengekalkan momentum sokongan terhadap Pindaan Akta 355 supaya Syariat Diperkasa Rakyat Sejahtera.

5. Gelombang H355 atau gelombang ungu mesti diteruskan sehinggalah kejayaan meminda Akta 355 benar-benar dimuktamadkan. Sekurang-kurang pada setiap hari SABTU, seluruh rakyat Malaysia mestilah memakai pakaian H355 yang bertemakan warna ungu.

Syariat Diperkasa Rakyat Sejahtera.

Sekian

Sumber: http://h355.my/2017/02/22/gelombang-h355-ungu-setiap-sabtu/

Antara tokoh yang telah terkorban, DIPECAT dari jawatan dan parti kerana BERTANYA soalan-soalan mengenai 1MDB di dalam pertemuan UMNO, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan di Parlimen ialah Tan Sri Muhyiddin Yasin dari Johor, Dato Panglima Shafie Apdal dari Sabah, dan Dato' Seri Mukhriz Mahathir dari Kedah.


Oleh: Tan Sri Sanusi Junid

MEREKA YANG TERKORBAN

1. Antara tokoh yang telah terkorban, DIPECAT dari jawatan dan parti kerana BERTANYA soalan-soalan mengenai 1MDB di dalam pertemuan UMNO, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan di Parlimen ialah Tan Sri Muhyiddin Yasin dari Johor, Dato Panglima Shafie Apdal dari Sabah, dan Dato' Seri Mukhriz Mahathir dari Kedah.

2. Tokoh yang DIPENJARA, DIMUFLISKAN, DIDAKWA dalam mahkamah dan DIPECAT dari menjadi ahli UMNO kerana membawa kes 1MDB untuk DISIASAT oleh pihak polis ialah Dato' Paduka Khairuddin Abu Hasan dari Pulau Pinang; sementara Anina Saaduddin dari Kedah yang juga telah BERTANYA dan melaporkan kepada polis perkara yang berkaitan dengan 1MDB juga telah DIPECAT dari UMNO.

3. Dari kalangan pemimpin di peringkat UMNO Bahagian yang sejak awal mendukung kegiatan Tun Dr. Mahathir Muhammad untuk menggantikan pemimpin kerajaan yang didapati meleset, menyeleweng, tidak amanah dan tidak berkemampuan, ialah Cikgu Kamarulazman Habibullah dari Negeri Sembilan dan Syed Saifuddin Harman dari Selangor. Mereka telah DIPECAT dari menjadi ahli UMNO kerana mewujudkan pasukan Gerakan Ketua-Ketua Cawangan (GKCM) di peringkat Bahagian dan Negeri untuk menegur dan memberi kesedaran kepada ahli-ahli UMNO peringkat akar-umbi supaya turut menegur pemimpin. Cikgu Kamarulazman DIBEKU jawatannya dan Syed Saifuddin TIDAK DISAMBUNG khidmat cemerlangnya kepada JASA.

4. Selain Dato' Seri Mukhriz yang diPECAT dari jawatan Menteri Besar Kedah, terlebih awal Dato' Seri Ahmad Said, telah DIPECAT dari jawatan Menteri Besar Teengganu kerana TIDAK MENYETUJUI konsesi minyak di Terengganu dijadikan harta cagaran untuk 1MDB mendapat pinjaman. 1MDB, yang sebelumnya bernama TIA (Trengganu Investment Authority) telah diambil-alih sahamnya dari Kerajaan Negeri Trengganu oleh Menteri Kewangan Kerajaan Persekutuan. Dato' Seri Ahmad Said telah mengesahkan bahawa, walaupun negeri Trengganu dahulunya turut memiliki TIA tetapi, sebarang pelantikan dan keputusan atas nama TIA tidak pernah dirujuk kepada Kerajaan Terengganu. Inilah yang menyebabkan saham TIA yang dimikili oleh kerajaan negeri Trengganu telah dijual kepada Kerajaan Pusat dan TIA ditukar nama menjadi 1MDB.  

5. Senator Ezam Muhd Nor, dari Selangor, yang bertugas sebagai pegawai khas di Kementerian Kewangan juga telah MELETAK JAWATAN kerana kecewa dengan KEGAGALAN PROGRAM TRANSFORMASI yang dijanjikan oleh Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Beliau menyatakan :-

SEMUA YANG TUN DR. MAHATHIR KATAKAN ADALAH BETUL DAN TEPAT BELAK.

MENTERI KEWANGAN YANG BERTANGGUNGJAWAB

6. Setelah berbagai pendedahan dilakukan baik di peringkat nasional atau internasional, dan kerana merasa bertanggungjawab sebagai Menteri Kewangan Kedua, Dato' Seri Husni Hanadzlah dari Perak telah MELETAKKAN JAWATANNYA. Beliau telah BERTANYA beberapa soalan pokok di dalam Parlimen dan kini MASIH BELUM DIPECAT dari keahlian UMNO walaupun beliau telah BERHENTI dari berbagai jawatan lain di dalam UMNO di peringkat Bahagian, Negeri dan Pusat.

7. Berhentinya Dato' Seri Husni sebagai seorang yang berpendidikan dan berpengalaman sebagai BANKER dan MENTERI KEWANGAN II, tanpa perlu dipecat, adalah satu pukulan besar kepada Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO. Najib tidak boleh mengatakan Husni bersalah kerana: - 

HUSNI LEBIH FAHAM MENGENAI KEWANGAN DAN PERBANKAN DARIPADA NAJIB

8. Dengan sendirinya :-

PROSES MENEBUS MARUAH BANGSA MELAYU YANG DIBANGSATKAN SUDAH BERMULA

KEGELISAHAN DAN KERESAHAN HIDUP DENGAN TEKANAN BEBAN EKONOMI YANG DIHADAPI OLEH RAKYAT MALAYSIA MASAKINI SEMUANYA BERMULA DENGAN 1MDB.

INSTITUSI PUAKA BERNAMA 1MDB

9. Isu 1MDB telah menghantui bangsa Melayu dan negara Malaysia sejak begitu lama.

10. Ia telah mempopularkan negara kita dengan imej yang buruk dan bersifat bangsat. Indonesia yang mempunyai rekod memenjarakan 9 orang Menteri, 19 orang Gubenor dan 100 Ahli Parlimen mentertawakan kita kerana kita mengalahkan mereka dalam senarai negara yang rekod rasuahnya tertinggi di dunia.

KITA BERI KEUNTUNGAN BESAR KEPADA YAHUDI

11. Bukan sahaja 1MDB telah meminjam RM42 bilion (atau 42,000 juta Ringgit) dari GOLDMAN SACHS sebuah BANK MILIK YAHUDI yang dilaknat Allah, tetapi juga dengan dikenakan komisyen 10% (RM4.2 billion) yang tersangat tinggi dan yang tidak pernah terdengar berlaku di dunia, dalam sejarah peminjaman wang kepada sebuah institusi milik kerajaan dan pinjamannya juga dijamin oleh kerajaan. Malahan pinjaman itu boleh diurus secara percuma oleh Bank Negara Malaysia.

KITA BAYAR 'R'IBA' YANG TERLALU TINGGI

12. Pinjaman ini, yang diurus oleh pihak YAHUDI dikenakan pula RIBA pada kadar 6.5% setahun sedangkan pinjaman sedemikian, iaitu pinjaman yang dijamin oleh kerajaan, jika diuruskan oleh Bank Negara Malaysia, atau sindiket bank tempatan boleh diperolehi dengan faedah kurang dari 2 peratus.

PINJAMAN DIBUAT SECARA SEMBUNYI DARI KABINET

13. Wang pinjaman ini pula dibuat TANPA DIKETAHUI oleh Kabinet tetapi dengan keputusan Menteri Kewangan, yang dilantik untuk memegang jawatan itu oleh Perdana Menteri, iaitu orang yang sama.

14. Apakah Perdana Menteri melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan untuk membolehkan beliau melakukan sekehendak hati beliau hanya untuk memecah amanah rakyat untuk beliau memimpin negara dengan bijak, telus dan berintegriti?

PERANAN ISTITUSI KERAJAAN DIBATASKAN

15. Usaha menyembunyikan segala maklumat yang berkaitan dengan 1MDB jelas kelihatan dengan merahsiakan terus segala butiran fakta yang ditemui oleh pihak Bank Negara Malaysia, Juruaudit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Polis DiRaja Malaysia danSuruhanjaya Pencegah Rasuah.

16. Pendedahan yang dibuat secara meluas oleh jabatan dan agensi kerajaan di luar negara terpaksa diketepikan dan dihalang dari tersiar dalam media perdana, walaupun ianya berkaitan dengan kepentingan Negara Malaysia. Tidakan undang-undang ke atas penjenayah berkaitan 1MDB, telah dan sedang diambil di luar negara berkaitan, kerana penjenayah-penjenayah itu telah melanggar dan mengganggu sistem kewangan negara berkenaan. Kita merahsiakan kepada masyarakat tempatan semua tindakan ke atas penjenayah-penjenayah itu seolah-oleh yang melakukan jenayah itu ialah kita sendiri.

17. Kerajaan Barisan Nasional tidak mengambil tindakan ke atas Sarawak Report, New York Times, Wall Street Journal dan ratusan media di luar negara khususnya Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura yang mendedahkan jenayah berkaitan 1MDB. Keengganan mengambil tindakan ini pastinya kerana bimbang jika tindakan diambil maka kisah 1MDB tidak dapat dirahsiakan lagi. Jika yang dituduh dan dicela dalam media asing itu tidak bersalah maka mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka bukan sahaja dapat membersihkan nama negara kita  tetapi juga pihak yang memfitnah kita (jika betul itu fitnah) terpaksa menanggung rugi dengan membayar denda yang sudah tentu beratus juta ringgit sesuai dengan 'fitnah' yang dilemparkan. Soalnya ialah, 'Kenapa kita takut bertindak sedangkan dengan tidak bertindak kita menanggung kerugian.'

18. Segala Akta yang ada telah dan akan terus diguna untuk meneruskan penyembunyian ini.

19. Pihak Polis DiRaja Malaysia dihalanguntuk mengambil tindakan dan diperalatkan untuk menahan mereka yang diketahui membocorkan rahsia yang mendedahkan kebenaran salahlaku 1MDB; pihak Peguam Negara pula menjadi penghalang atas apa jua tindakan untuk diambil ke atas pihak yang kesalahannya berkaitan dengan 1MDB.

DI MANA LETAKNYA PERANAN RAJA?

20. Nasihat Majlis Raja-Raja Melayu mengenai pindaan Akta, walaupun yang menyentuh kuasa mereka juga diketepikan oleh Peguam Negara yang lantikannya berlaku hanya dengan persetujuan DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong.

21. Jika dalam perkara yang begitu penting dan menyentuh kepentingan dan kuasa raja pun pihak kerajaan dapat mengenepikan tanpa ambil peduli sudah tentu dalam perkara-perkara lain juga kelihatannya raja-raja Melayu tidak dapat memainkan peranan.  

MELAYU MENGAMUK

BILA KERAJAAN SUDAH LATAH  INILAH FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN 

TIA JADI 1MDB

22. Penubuhan 1MDB adalah akibat dari gagalnya rencana awal untuk meminjam wang atas nama Terengganu Investment Authority (TIA) sebuah syarikat milik kerajaan Terengganu yang ditubuhkan untuk mengendalikan dana yang diterima dari PETRONAS sebagai hasil premium konsesi minyak di Terengganu.

23. Untuk meminjam wang ini perlulah dicagarkan konsesi minyak Terengganu. Rancangan ini dihalang oleh Menteri Besar dan Sultan Terengganu di waktu itu. Tujuan ini telah gagal dilaksanakan sehingga menjadi sebab untuk mendapat jaminan Menteri Kewangan sebagai cagaran dan TIA diubah menjadi 1MDB sementara saham kerajaan Terengganu diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri.

24. Semua ini berlaku tanpa pengetahuan Kabinet, Majlis Tertinggi UMNO dan Parlimen. Semuanya di luar bajet negara.

TENTANGAN AWAL OLEH PEMBANGKANG

25. Tun Dr. Mahathir berterusan menyedarkan pemimpin kerajaan untuk membetulkan pentadbiran kewangan tanpa berhasil. Di peringkat awal hanya Anggota Parlimen dari parti pembangkang yang menimbulkan perkara penyelewengan ini. Apabila keadaan semakin melaraat Tun Dr. Mahathir telah berhubungan beberapa kali dengan Dato' Seri Najib untuk membuat teguran. Tetapi ianya seperti menyimbah air ke atas daun keladi.

HARAPAN KEPADA PEGAWAI KERAJAAN JUGA HAMPA

26. Seterusnya rakyat mengharapkan Ketua-Ketua berbagai Jabatan dan agensi Kerajaan akan bertindak, dengan kuasa yang ada pada mereka untuk membetulkan keadaan. Tetapi harapan ini juga hanya tinggal harapan..

PEMIMPIN UMNO JUGA MEMBISU

27. Lepas itu kita menaruh harapan kepada pemimpin-pemimpin UMNO supaya bertindak, dengan bersuara dalam Perhimpunan Agong UMNO dan dalam pemilihan pemimpin, tetapi mereka juga gagal berbuat demikian dan Perhimpunan Agong yang berpeluang menukar pemimpin juga telah ditunda sehingga selepas PRU 14. Seterusnya pemimpin UMNO di semua peringkat juga membisu seribu bahasa.

PARLIMEN JUGA LUMPUH

28. Apabila penderitaan rakyat semakin bertambah maka pihak pembangkang bersetuju dengan Tun Dr. Mahathir untuk bertindak bersama supaya diadakan undi tidak percaya di dalam Parlimen, tetapi ianya telah gagal kerana dihalang oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat. Wakil-wakil rakyat juga berada dalam 'siege' dan ketakutan kerana ancaman terhadap habuan dan kedudukan setelah melihat apa yang boleh terjadi kepada sesiapa saja yang mengingkarinya - Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi contoh akibatnya. 

SUARA RAKYAT TIDAK DIPEDULIKAN

29. Usaha berikut telah dibuat untuk mendapatkan pandangan rakyat dengan memperkenalkan DEKLARASI RAKYAT untuk ditandatangai oleh rakyat yang bebas dari ikatan dengan kerajaan melalui jawatan atau hutang.

RAJA TIDAK BERKUASA UNTUK BERTINDAK MENGIKUT KEHENDAK RAKYAT

30. Tandatangan sekitar 1.5. juta rakyat juga tidak memberi kesan apa-apa kepada kerajaan. Pihak Majlis Raja-Raja Melayu juga telah tidak dapat berbuat apa-apa setelah DEKLARASI RAKYAT diserah kepada mereka.

AKIBAT LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG KERANA SKANDAL 1MDB

31. Akibat dari skandal 1MDB dan salahguna wang hutang yang begitu banyak dan membebankan maka perkara-perkara berikut telah berlaku:-

31a. Nama Negara di peringkat antarabangsa tercemar sehingga rakyat malu menyebut diri sebagai rakyat Malaysia kerana sering ditertawakan atau mendapat senyuman sinis dari pegawai kastam dan imigresen di lapangan-lapangan terbang negara asing. Tindakan mahkamah oleh Department of Justice di Amerika Syarikat ke atas komplot yang mendapat bahagian dari hutang 1MDB; tindakan undang-undang ke atas institusi dan individu yang melibatkan dana 1MDB di Switzerland dan tindakan undang-undang ke atas bank dan individu berkaitan 1MDB di Singapura, walaupun tidak tersiar dalam saluran media perdana dalam negara, maklumatnya tersebar keseluruh dunia.

31b. Kos hidup rakyat meningkat kerana (a) GST, (b) Kenaikan harga minyak, (c) Kenaikan toll jalanraya, (d) Penghapusan dan pengurangan subsidi, (e) Kejatuhan nilai ringgit menyebabkan harga barang impot, termasuk bawang dan kentang meningkat naik, (d) Hilang pekerjaan kerana jumlah tenaga kerja dikurangkan, (e) Hilang pekerjaan kerana pemindahan operasi syarikat perniagaan ke Negara lain kerana operasi di Malaysia tidak menguntungkan, (f) Hilang pekerjaan kerana perniagaan dalam Negara ditutup, (g) Pengurangan biasiswa yang begitu ketara

31c. Riba atas pinjaman membebankan rakyat dari sekarang hingga puluhan tahun akan datang. Riba pertama dengan kadar 6.5 % dikenakan oleh bank Yahudi GOLDMAN SACHS ke atas pinjaman RM42 billion. Bila sampai masa untuk membayar riba, oleh kerana pelaburan dan penggunaan wang pinjaman sejumlah RM37.8 billion (RM42 billion ditolak komisyen untuk bank Yahudi sebanyak 10% atau RM4.2 billion) telah disalahlaburkan, maka bayaran sukar dilakukan kecuali dengan mendapatkan hutang baru sebagai tambahan.

32. Salahguna wang pinjaman dengan pelaburan yang mencurigai dan merugikan, ditambah pula dengan belanja yang boros di salah tempat seperti berikut:

32a. Salah satu syarikat anak 1MDB, bernama SRC International telah meminjam wang dari KWAP (Kumpulan Wang Amanah Pencen yang memegang amanah 1.6 juta pekerja dengan kerajaan) sejumlah RM4 bilion untuk jangkamasa 10 tahun (untuk dapat mengurus pinjaman ini pihak kerajaan, dilaporkan oleh media Singapura berurusan dengan negara China untuk mengambilalih harta-harta SRC International). SRC International menghadapi masalah untuk membayar faedah dan sebahagian dari hutang yang perlu dibayar pada tahun depan. Atas pinjaman RM4 billion SRC International perlu membayar faedah RM164 juta setahun kepada KWAP. Oleh itu jumlah yang perlu dibayar pada tahun hadapan ialah RM660 juta dan pada tahun 2018, RM964 juta. Dari laporan kewangan SRC International untuk tahun 2014 tercatit pelaburan SCR Internatonal berjumlah RM305.6 juta dalam Negara sementara RM3.8 billion di luar Negara. Laporan ini juga melapurkan kerugian RM164.5 juta. Pada tahun 2013 SRC International telah membayar RM42 juta ke dalam akaun peribadi Dato' Seri Najib Tun Razak yang beliau katakan beliau tidak sedar.  

32b. Kemasukan RM2.6 bilion dari akaun 1MDB ke akaun peribadi Dato' Seri Najib di Arab Malaysia Bank Bhd. yang dikatakan 'derma' dari anak raja Arab Saudi yang ternyata dari 1MDB melalui syarikat-syarikat yang sudah diketahui.

32c. Pengambilan US$3.5 bilion dari 1MDB oleh Jho Low antara tahun 2009 dan 2013 sebagaimana dakwaan US DoJ (United State Department of Justice - Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat). Wang ini digunakan untuk membeli harta mewah di Beverly Hills, California, New York dan London dan untuk membiayai pembuatan film "The Wolf of Wall Street" oleh anak Rosmah, dengan suami pertamanya, bernama Riza Aziz.

32d. Hasil pertemuan Jho Low, Turki bin Abdullah al Saud, anak raja Abdullah, pemilik bersama syarikat PetroSaudi, dan Najib dalam bulan August 2009 di Peranchis, maka US$1 bilion telah dijanjikan untuk pelaburan dalam syarikat usahama yang ditubuhkan. Hanya US$300 juta telah diterima oleh syarikat usaha sama itu dan US$700 juta telah dimasukkan ke dalam akaun syarikat Good Star Ltd., yang ditubuhkan di Seychelles. (mengikut selidikan DoJ USA). Oleh kerana wang yang diperuntukkan kepada syarikat usahasama tidak semuanya termasuk dalam syarikat itu maka juruaudit Ernst & Young enggan menandatangani penyata kira-kira untuk tahun 2010. Najib telah campurtangan dan membatalkan Ernst & Young sebagai auditor untuk diganti dengan KPMG. Apabila KPMG menimbulkan kenyataan yang sama dipersoalkan oleh Ernst & Young mereka juga dimansuhkan perlantikan. Pada tahun 2011, Prince Turki menerima US$24.5 juta dari syarikat Good Star Ltd.. dan US$20 juta darinya telah dimasukkan ke dalam akaun Najib di AmBank, Kuala Lumpur. Masukan ini adalah permulaan dari masukan sehingga berjumlah US$1 bilion dalam masa dua tahun. Akaun Najib di AmBank diurus oleh Pegawai Kanan bank Encik Cheah Tek Kuang yang menjadi penasihat kepada Pengerusi Bank. Hubungan Jho Low di Ambank ialah Puan Joanna Yu.

32e. Surat palsu dari Saud Abdulaziz Majid al Saud bertarikh Feb. 1, 2011 menyatakan pemberian US$100 juta kepada Najib adalah satu derma kerana jasanya terhadap Islam di seluruh dunia dan tidak boleh dianggap sebagai rasuah. Saud adalah seorang anggota kerabat di raja bawahan dalam kesultanan Saudi Arabia. Beliau tidak mahu menjawab mengenai kewujudan surat ini.

32f. Pada bulan Mac, 2013 wang sejumlah US$681 juta telah dimasukkan ke dalam akaun Najib di AmBank. Surat bertarikh Mac. 1, 2013 memaklumkan wang US$800 juga telah dihadiahkan kepada Najib oleh Saud Abdulaziz.

32g. Selepas pilihanraya ke 13, wang sejumlah US$620 juta telah dikembalikan oleh AmBank dari akaun Najib ke akaun di sebuah offshore company. (____)

32h. Pada tahun 2012 Goldman Sachs menjual bon bernilai US$3.5 bilion kepada bank-bank antarabangsa dan mendapat komisyen berates juta.

32i. Jho Low memperkenalkan Najib kepada Khadem Al Qubaisi, Pengarah Urusan syarikat IPIC sebuah syarikat beribupejabat di Abu Dhabi di United Arab Emirats. Setelah pertemuan ini IPIC mengumumkan rancangan pelaburan bersama 1MDB untuk membina pusat janakuasa. 1MDB memaklumkan memaklumkan kepada juruaudit keputusan pengiriman US$1.4 bilion kepada IPIC sebagai pertaruhan sementara (refundable deposit). Wang ini tidak diterima oleh IPIC. Wang itu telah dimasukkan kedalam akaun dengan nama yang sama berdaftar di Virgin Islands dan ianya dikuasai oleh Khadem Al Qubaisi. Lebih dari US$1 billion lagi dimasukkan ke dalam akaun sahabat Jho Low di Standard Chartered Bank di Singapura. Al Qubaisi kemudiannya menutup syarikatnya di Virgin Islands dan mengeluarkan wang sejumlah US$470 juta, dan sebahagian darinya sejumlah US$100 juta telah digunakan olehnya untuk membeli harta mewah di New York dan Los Angeles. Al Qubaisi memberi kepada Riza Aziz, anak Rosmah sejumlah US$238 juta untuk membeli harta dan membiayai pengeluaran filem 'The Wolf of Wall Street.'

32j. Pada tahun 2013, Goldman Sachs menjual bon 1MDB senilai US$3 bilion dan wangnya dimasukkan ke akaun BSI AG bank di Switzerland. Pelanggan yang terlibat dengan 1MDB berjumlah 100 orang yang mempunyai akaun di BSI AG termasuk Jho Low. Jho Low malah membuka 18 akaun dalam sehari dalam bulan Oktober, 2014. Hubungan Jho Low di BSI Singapore ialah Encik Yak Yew Chee. Mengikut suratkhabar Straits Taime Singapura pada ____ (mungkin Juma'at 11/11) Yak Yew Chee telah pun mengaku bersalah dalam mahkamah Singapura terhadap empat pertuduhan  jenayah berhubung pemalsuan dan kegagalan memberi amaran tentang transaksi yang mencurigakan dalam siasatan berkaitan dengan 1MDB

BALA TAMBAHAN

32k. Kini kita berhutang pada China pula untuk - (i) Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang dianugerahkan kepada syarikat CCCC dengan kos RM55 billion. Setahun RM2,75 billion X 20 tahun. Sehari RM7.534 million  dan kalau tambangnya RM100 seorang maka sehari memerlukan seramai 75,342 orang penumpang. itu belum termasuk tenaga kerja dan etc cost + interest setiap tahun. Boleh dapatkah seramai itu penumpang?

CARA MENYEMBUNYIKAN FAKTA

33. Untuk melindungi dirinya dari kemungkinan didakwa dalam mana jua mahkamah di dunia Dato' Seri Najib telah bertindak sebagai berikut:

33a. Menamatkan khidmat Peguam Negara yang dijangka akan bertindak ke atasnya dengan Peguam Negara baru yang mengikut semua kehendaknya. Beliau berlagak sebagai hakim dan memutuskan bahawa tidak ada kesalahan dibuat oleh Najib dalam laporan-laporan yang diserah kepadanya, supaya Najib tidak dibawa kemahkamah untuk diadili.

33b. Menamatkan atau memendekkan jangkamasa berkerja bagi pegawai yang menyelidiki skandal berkaitan 1MDB.

33c. Menukar tempat bekerja pegawai-pegawai yang didapati tidak sebulu dengan idea melindungi Dato' Seri Najib dari siasatan berkaitan 1MDB.

33d. Mengadakan undang-undang SOSMA untuk boleh menangkap sesiapa saja sehingga pihak mahkamah pun berdolak balik menaik dan menurunkan keputusan dari satu makamah ke mahkamah yang lain.

33e. Menguatkuasakan undang-undang OSA dengan memasukkan semua maklumat berkaitan 1MDB sebagai rahsia negara sedangkan undang-undang OSA ini dikanunkan untuk mengawasi keselamatan negara. Ia tidak dikanunkan untuk melindungi penjenayah yang mencuri, merampok atau menyeleweng wang Negara.

33f. Menggunakan Akta Pencegahan Keganasan (POTA)  2015 untuk mengambil tindakan ke atas PENGHASUT PEMBENCI KERAJAAN di laman-laman social spti WhatsApp, FB, Tweeter, Blog, dsb.

SOALAN RAKYAT YANG TIDAK BERJAWAB

34. Oleh itu rakyat jelata tertanya-tanya:

34a. Apakah mereka yang terlibat dan yang mempertahankan yang terlibat merupakan manusia yang tidak berfikiran, tidak berkeberanian dan tidak sedar bahawa mereka bertanggungjawb kepada Allah swt. atas azab yang mereka izinkan untuk menimpa rakyat yang mereka wakili.

34b. Apakah pemberian BR1M, DERMA, SUMBANGAN dan RASUAH dalam segala bentuk, dari masa ke masa, sudah mencukupi untuk mengimbangi azab yang dideritai rakyat dengan kenaikan kos hidup. 

34c. Apakah penderitaan itu boleh menjadi satu kebiasaan untuk dilupakan oleh Melayu yang dikatakan mudah lupa.

34c. Apakah nasib masa depan bangsa Melayu dengan sangat dahsyatnya berkurang biasiswa untuk membantu pelajar yang tidak dapat dibantu oleh keluarga sendiri untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.

34d. LTAT - Bagaimanakah nasib masa depan anggota angkatan tentera jika tabungan ini turut digunakan untuk membantu perjalanan 1MDB yang curang.

34e. KWAP - Apakah jaminan atas keselamatan tabungan semua pekerja jika tabungan ini turut dilibatkan untuk membantu perjalanan 1MDB yang merugikan.

34f. FELDA - Apakah nasib peneroka dan anak pinak mereka yang mewariskan sijil saham yang rapuh nilainya, ditukar dengan geran tanah yang tidak pernah jatuh nilainya. Bagaimana dengan kerugian yang dideritai akibat terjatuh harga saham dan salah-guna harta dalam pelaburan yang mencuriga dan merugikan.  

34g. LUTH - Apakah jaminan masa depan tabung ibadat yang jelas tidak keruan perniagaan dan pelaburannya sehingga mengancam masa depan penabung.

34h. SUBSIDI - Sampai ketahap manakah penderitaan akibat dari penghapusan subsidi yang dilakukan oleh kerajaan.

34i. TOLL - Sampai bilakah bayaran toll ini dapat dikurangkan lebih-lebih lagi belaja untuk membangun projek yang ditollkan itu sudah pun selesai hutangnya dan untungnya juga cukup lumayan bagi pemegang konsesyen yang sudah tamat tempohnya.

34j. GST - Tidakkah ada dipihak berbagai peringkat yang insaf bahawa inilah beban yang ditanggung oleh rakyat kerana kecelakaan yang menimpa negara lantaran penyelewengan dalam 1MDB. 

KENAPAKAH?

35. Rakyat bertanya lagi, kenapakah :-

35a. Kenapakah Perdana Menteri Najib tidak mahu menjawab sebarang soalan?

35b. Kenapakh Yang Di Pertua Dewan Rakyat tidak membenarkan soalan dari ditanya?

35c. Kenapakah Peguam Negara menjawab soalan hanya apabila disuruh menjawab pada waktu dan dengan cara yang ditentukan?

35d. Kenapakah Ketua Polis Negara menangkap siapa saja yang bertanya soalan?

35e. Kenakah Menteri Dalam Negeri bersikap yang mencurigakan?

35f. Kenapakah Menteri membuat kenyataan atau bertanya soalan yang mendedahkan ketidakcerdikan:

KUALA LUMPUR, Nov 8, 2016 — Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad could endanger his legacy if he continues to act like US presidential candidate Donald Trump, Umno lawmaker Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek said today. (Ternyata Donald Trump yang menang untuk jadi Presiden Amerika Syarikat).

Nazri Aziz Yeop berkata Mahathir Cemburu Dato' Seri Najib Berjaya Tarik Pelaburan Besar Dari China

Dalam BHOnline Mustapa Mohamed telah berkata pada 28 Mei, 2013 bahawa harga kereta akan turun secara berperingkat-peringkat sehingga 2017 - Betulkah kini?

Dalam BHOnline Ahmad Maslan telah berkata pada 31 Mac, 2015 bahawa harga barang boleh turun kerana cukai GST - Betulkah berlaku seperti itu?

Kenapakah Menteri dan Timbalan Menteri sanggup berbuat apa saja untuk membela kemungkaran dan untuk pura-pura atau betul-betul tidak mahu tahu mengenai kebenaran. Inilah BR1M untuk mereka:

MENTERI

1. Gaji Pokok RM18,000.00
2. Elaun Keraian RM10,500.00
3. Elaun Perumahan RM10,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun Parking RM5,700.00
Jumlah Pendapatan Per Bulan ialah RM55,650.00

TIMBALAN MENTERI

1. Gaji Pokok RM15,000.00
2. Elaun Keraian RM9,500.00
3. Elaun Perumahan RM9,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun Parking RM5,700.00
Jumlah Pendapatan Per Bulan ialah RM50,650.00

35g. Kenapakah tiada yang menjawab soalan yang ditanyakan oleh pihak raja dan sultan. Kenapakah raja dan sultan tidak lagi dihormati sebagaimana semestinya.

36. DENGAN PELANCARAN PARTI PERIBUMI BERSATU MALAYSIA PADA HARI SABTU 14 JANUARI, 2017 SUDAH SAMPAI MASANYA UNTUK BANGSA MELAYU MENGUBURKAN CARA MENAKUT-NAKUTKAN MELAYU KEPADA CINA, KHUSUSNYA LIM KIT SIANG, DENGAN MENYUBURKAN SEMANGAT PERKAUMAN UNTUK DIJADIKANPERISAI BAGI MELINDUNGI AMALAN RASUAH DAN BERBAGAI KEMUNGKARAN PEMIMPIN POLITIK DAN KERAJAAN MELAYU.

37. OLEH KERANA MEMASUKKAN PEKERJA ASING SEPERTI RANCANGAN KEMASUKAN 1.5 JUTA WARGA BANGLADESH, TIDAK DAPAT DIHENTIKAN KERANA IANYA MERUPAKAN BISNES YANG MENGUNTUNGKAN BAGI PENIAGA-PENIAGA UMNO, BANGSA MELAYU WAJIB INSAF BAHAYA PROJEK SEPERTI PENEMPATAN 700,000 WARGA-NEGARA KOMUNIS CHINA YANG DAPAT MEMILIKI RUMAH ATAU KONDOMINIUM ATAS TANAH MILIK SELAMA-LAMANYA (FREEHOLD) DENGAN TAJAAN RAJA YANG TIDAK DAPAT DIPERSOALKAN KERANA KEDAULATANNYA SEBAGAI PELINDUNG UGAMA DAN ADAT ISTIADAT MELAYU.

38. MARILAH KITA SAMA-SAMA MENYELAMATKAN BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA DENGAN MENGHAPUSKAN SEMUA PEMIMPIN DAN ORGANISASI YANG MENDUKUNG KEMUNGKARAN RASUAH, MELAKSANAKAN DASAR DAN AMALAN YANG MERUGIKAN BANGSA DAN NEGARA.

39. SAMPAI BILAKAH RAKYAT MALAYSIA AKAN MENDERITA KERANA 1MDB?

Sanusi Junid

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget