NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tidak Melibatkan Masyarakat Cina, Mca Sokong Ruu 355

MCA akan menyokong Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355), sekiranya keputusan kajian Jawatankuasa Undang-Undang yang diterajui Biro Undang-Undang MCA mendapati ia tidak memberi implikasi buruk kepada masyarakat bukan Islam di negara ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, jawatankuasa yang telah ditubuhkan pada Disember tahun lalu itu melibatkan pakar undang-undang daripada beberapa dewan perniagaan dan pertubuhan Cina tempatan bertujuan mengkaji kesan positif dan negatif pelaksa­naan RUU 355.

Katanya, hasil kajian tersebut akan diperoleh esok dan beliau akan membentangkannya dalam mesyuarat Kabinet akan datang.

“Kajian itu dilakukan bagi memastikan bahawa RUU 355 tidak akan memberi kesan kepada masyarakat bukan Islam khususnya masyarakat Cina di negara ini, seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

“MCA perlu mengambil langkah yang terperinci dalam isu ini kerana pindaan dalam mana-mana akta akan memberi kesan terhadap Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.

http://pemudaselempangmerah.blogspot.my/2017/01/tidak-melibatkan-masyarakat-cina-mca.html?m=1
© all rights reserved
made with by templateszoo