Header Ads

Tiada PRK untuk DUN Sungai Air Tawar


Dengan syarat jika sesuatu kekosongan luar jangka dipastikan pada suatu tarikh dalam masa dua tahun dari tarikh Dewan Negeri itu akan terbubar mengikut Fasal (3), maka kekosongan luar jangka itu tidak boleh diisi melainkan saya memberitahu SPR secara bertulis bahawa kekuatan bilangan parti yang membentuk majoriti semua Ahli Dewan Negeri adalah terjejas oleh kekosongan itu. 

SHAH ALAM: Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar akibat kematian wakil rakyatnya semalam tidak menjejaskan bilangan parti yang membentuk majoriti di Selangor. Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini. 

"Berdasarkan kepada Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Bab 5 Perkara LXX (5) sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh kekosongan itu berlaku.

"Dengan syarat jika sesuatu kekosongan luar jangka dipastikan pada suatu tarikh dalam masa dua tahun dari tarikh Dewan Negeri itu akan terbubar mengikut Fasal (3), maka kekosongan luar jangka itu tidak boleh diisi melainkan saya memberitahu SPR secara bertulis bahawa kekuatan bilangan parti yang membentuk majoriti semua Ahli Dewan Negeri adalah terjejas oleh kekosongan itu. 

"Saya sudah memaklumkan kepada SPR bahawa kekuatan bilangan parti yang membentuk majoriti semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) adalah tidak terjejas oleh kekosongan kerusi N01 (Sungai Air Tawar)," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini. 

Semalam, ADUN Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik, ditemui meninggal dunia di ruang rehat kediamannya kira-kira jam 8.30 pagi selepas gagal menghadiri satu program pada jam 8 pagi. Kamarol Zaki yang dipercayai meninggal dunia lewat malam kelmarin, berada di rumah seorang diri berikutan isteri pertamanya, Rossimah Abbas mengunjungi rumah anak sulung mereka, Mohd Nasir, 32, di Puncak Alam.