NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu: Daripada 3,472 kepada 6,642 orang

Keadaan banjir di negeri ini semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 6,642 orang membabitkan 2,109 keluarga pada 12 tengah malam.
Kuala Terengganu: Keadaan banjir di negeri ini semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 6,642 orang membabitkan 2,109 keluarga pada 12 tengah malam.
Sebelum ini, hanya 3,472 mangsa daripada 951 orang dipindahkan pada jam 7 malam.
Semua mangsa ditempatkan di 91 pusat pemindahan berbanding 58 pusat pemindahan di Besut, Hulu Terengganu, Dungun, Setiu, Kemaman dan Marang.
Menurut kenyataan banjir, etindakan.terengganu.gov.my, daerah Hulu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,476 mangsa daripada 851 keluarga di 30 pusat pemindahan berbanding 773 mangsa daripada 223 keluarga di sembilan pusat pemindahan.
Di Besut, jumlah mangsa menurun kepada 1,476 daripada 361 keluarga di 23 pusat pemindahan berbanding 1,593 mangsa daripada 424 keluarga di 24 pusat pemindahan.
Jumlah mangsa di Setiu turut menunjukkan peningkatan apabila 2,067 mangsa daripada 729 keluarga di 17 pusat pemindahan berbanding hanya 627 mangsa daripada 176 dilapan pusat pemindahan.
Kemaman pula mencatatkan jumlah mangsa seramai 334 orang daripada 91 keluarga di 14 pusat pemindahan berbanding 349 mangsa daripada 95 keluarga dipindahkan di 13 pusat pemindahan.
Selain itu, peningkatan turut berlaku di Dungun apabila seramai 259 mangsa daripada 67 mangsa di enam pusat pemindahan berbanding 100 mangsa daripada 23 keluarga di tiga pusat pemindahan.
Bagaimanapun, jumlah mangsa di Marang kekal dengan 10 keluarga membabitkan 30 mangsa di satu pusat pemindahan iaitu Sekolah Kebangsaan Pasir Putih.
Ketika ini, beberapa kawasan di Terengganu termasuk bandar raya ini masih hujan.

(myMetro)



© all rights reserved
made with by templateszoo