Header Ads

Sujud terakhir

Ketika didekati ternyata dia sudah meninggal dunia. Ketika solat Isyak dia kelihatan biasa saja.
Jawa Timur: Pemandi jenazah, H Miftah Arifin dari Malang, di sini, meninggal dunia dalam keadaan sujud pada rakaat terakhir ketika solat sunat selepas solat Isyak, Selasa lalu.
Berdasarkan maklumat yang diterima Suryamalang.com daripada cucu Allahyarham iaitu Taufik, datuknya itu meninggal dunia di Masjid Jami’ Babussalam.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan berapa usia Allahyarham dan meninggal dunia kerana sakit apa.
Jemaah masjid berkata, ketika petugas masjid hendak menutup pintu masjid, Allahyarham masih dalam keadaan sujud.
“Ketika didekati ternyata dia sudah meninggal dunia. Ketika solat Isyak dia kelihatan biasa saja,” katanya.
Kejadian itu tular di laman sosial sehingga hari ini dan mengundang simpati dan insaf dalam kalangan netizen

(myMetro)