NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Semua Orang Islam Kena Sokong RUU 355 - Ismail Sabri

"Bukan UMNO sahaja kena sokong RUU, tetapi keseluruhan umat Islam perlu sokong. Saya harap sokongan dari umat Islam kerana akta ini adalah untuk kita, untuk umat Islam."
Usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355 seharusnya mendapat sokongan keseluruhan umat Islam dan bukan hanya tertumpu kepada ahli UMNO sahaja.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, RUU berkenaan melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah dan sistem perundangan Syariah Islam.
"Bukan UMNO sahaja kena sokong RUU, tetapi keseluruhan umat Islam perlu sokong. Saya harap sokongan dari umat Islam kerana akta ini adalah untuk kita, untuk umat Islam.
"Akta ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam. Oleh itu, mereka kena memahami, jangan membuta tuli menuduh tanpa memiliki fakta yang benar untuk menentangnya," katanya kepada penberita ketika ditemui di PWTC pada Sabtu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas ucapan perbahasan Usul Agama dan Pendidikan dari Wakil Negeri Sembilan , Syamsul Amri Ismail yang berkata Akta 355 perlu mendapat orang Islam.
Tambah Ismail Yaakob, Akta 355 bukanlah undang-undang baru kerana ia merupakan undang-undang yang sedia ada dan cuma dibuat pertambahan dari segi hukuman.
"Ini bukan mahkamah baru. Selama Mahkamah Syariah diwujudkan, tidak pernah lagi orang bukan Islam dibicarakan dalam mahkamah tersebut. Kenapa nak takut?, " katanya.
Terdahulu, dalam ucapan perbahasannya, Syamsul Amri atau lebih dikenali dengan Syamsul Debat berkata Akta 355 perlu mendapat sokongan umat Islam kerana ia merupakan agama rasmi di negara ini.
"Kita kena sokong. Kenapa nak takut? Bercerita tentang isu ini dengan orang Islam. Kenapa nak kena tanya dengan orang yang tidak ada kena mengena?
"Oleh itu, sebagai umat Islam kita kena sokong akta ini dan siap sedia untuk melaksanakannya," katanya.-3/12/2016

Sumber; http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/semua-orang-islam-kena-sokong-ruu-355-ismail-sabri.html

© all rights reserved
made with by templateszoo