NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sekretariat Himpunan 355 Bertemu Jakim, Menteri



Sekteriat Himpunan 355 telah mengadakan satu pertemuan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pihak Sekretariat juga akan mengundang ahli-ahli parlimen, mufti, ketua hakim syari’e, imam masjid negara dan negeri, tokoh-tokoh agamawan, atlit, artis, tokoh akademik, parti politik, aktivis sosial, agensi kerajaan, swasta dan lainnya untuk menyertai himpunan harmoni 355 ini - Nasrudin Hassan, Pengarah Himpunan 355 #H355

SHAH ALAM - Sekteriat Himpunan 355 akan mengundang menteri Kabinet untuk turut serta dalam Himpunan 355, yang dijadualkan berlangsung pada 18 Februari ini.

Menerusi status dimuat naik di laman sosial Facebook milik Pengarah Himpunan 355, Nasrudin Hassan, beliau memaklumkan Sekteriat Himpunan 355 telah mengadakan satu pertemuan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Posting yang dimuat naik itu juga disertakan sekeping gambar Jamil Khir sedang memegang baju T tertera perkataan 'Kami Sokong Pindaan Akta 355'.

Selain Jamil Khir, turut kelihatan, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

"Bertemu santai dengan Jamil Khir sambil minum ringan di awal malam kelmarin sambil mengajak beliau menyertai Himpunan 355. Alhamdulillah beliau menyambut baik hasrat penganjuran himpunan oleh Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Sekretariat Himpunan 355 pada 18 Februari kelak.

"Insya-ALLAH, pihak Sekretariat juga akan mengundang ahli-ahli parlimen, mufti, ketua hakim syari’e, imam masjid negara dan negeri, tokoh-tokoh agamawan, atlit, artis, tokoh akademik, parti politik, aktivis sosial, agensi kerajaan, swasta dan lainnya untuk menyertai himpunan harmoni 355 ini," kata Nasrudin.

Himpunan 355 diadakan bagi memberi penerangan mendalam mengenai pindaan Akta Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Mac ini.

Himpunan ini turut terbuka kepada semua lapisan masyarakat untuk hadir. - SINAR HARIAN

© all rights reserved
made with by templateszoo