Header Ads

Sambutan Tahun Baru Bertukar Tragedi

Lima cedera selepas terkena letupan bunga api pada sambutan malam tahun baharu 2017 

KLANG: Lima cedera selepas terkena letupan bunga api pada sambutan malam tahun baharu 2017 di Kompleks Sukan Pandamaran, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, keadaan menjadi kelam kabut selepas bunga api yang diguna untuk pertunjukan bagi menyambut tahun baharu meletup sebelum sempat ke udara sehingga terkena penonton yang menyaksikannya.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya dimaklumkan anggota Bomba dan Penyelamat yang bertugas di kompleks berkenaan.

"Kami menerima panggilan pada jam 12.10 tengah malam sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi.

"Pada masa ini, seramai lima mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampun Rahimah (HTAR) Klang dan sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian," katanya.


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/229077