NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saifuddin Nasution Dilantik Sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang

Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung KEADILAN telah dilantik secara rasmi sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang.

Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung KEADILAN telah dilantik secara rasmi sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang.

Majlis angkat sumpah pagi tadi di depan Ketua Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Farizan Darus, barisan Exco-exco Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri, Anas Ahmad Zakie dan Pegawai Kewangan Negeri, Sarul Bahiyah Abu.

Pelantikan beliau telah mendapat kelulusan Biro Politik KEADILAN Pusat, bagi mengukuhkan Pakatan Harapan di negeri itu.

Pejabat beliau terletak di aras 28 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), sama aras dengan pejabat Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Tahniah kepada beliau dan diharap Pakatan Harapan semakin mantap bagi menghadapi PRU 14 tidak lama lagi.

LAWAN TETAP LAWAN!


© all rights reserved
made with by templateszoo