NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RUU 355: Presiden Berjasa Nyatakan Sokongan

"Parti BERJASA dan seluruh rakyat Muslim di Malaysia menyeru seluruh ahli-ahli parlimen muslim supaya menyokong pindaan akta RUU 355 demi meningkatkan fungsi Mahkamah Syariah di Malaysia. Umat Islam adalah majoriti di Malaysia wajib dipandu oleh perundangan Mahkamah Syariah supaya hidup sejahtera dan bertambah maju jaya."
PARLIMEN, Kuala Lumpur 24 NOV: Parti BERJASA menyeru ahli-ahli parlimen Muslim supaya menyokong pindaan akta RUU 355 yang akan dibentangkan di parlimen pada hari ini dan berdoa kepada Allah Ta’ala agar ahli-ahli parlimen bukan Islam juga menyokong pindaan RUU 355 atau bersikap berkecuali.
“ Parti BERJASA dan seluruh rakyat Muslim di Malaysia menyeru seluruh ahli-ahli parlimen muslim supaya menyokong pindaan akta RUU 355 demi meningkatkan fungsi Mahkamah Syariah di Malaysia. Umat Islam adalah majoriti di Malaysia wajib dipandu oleh perundangan Mahkamah Syariah supaya hidup sejahtera dan bertambah maju jaya ”, demikian kenyataan Presidan BERJASA Dato’ Seri Dr Mustapa Kamal B Mault di perhimpunan menyokong pindan Akta RUU 355 berhadapan pintu masuk bangunan parlimen Malaysia.
Tambahnya lagi, ” Allah menyuruh kita hidup berpandukan syariat Islam, seperti firmanNya;
ŁˆَŁ…َŲ§ٓ Ų£َŲ±ۡŲ³َŁ„ۡŁ†َŁ€ٰŁƒَ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ų±َŲ­ۡŁ…َŲ©ً Ł„ِّŁ„ۡŲ¹َŁ€ٰŁ„َŁ…ِŁŠŁ†َ
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Ambi’ya :107).
Sejumlah lebih 500 orang kumpulan BERJASA dan penyokong membawa playkad bertulis ” ✅RUU 355″ dan “Kami sokong pindaan akta RUU355” dan “MP Muslim wajib sokong RUU355”.
Hadir sama dalam perhimpunan sokong itu Ustaz Mazridzi Bin Sat, Presiden Perkid Malaysia, Persatuan Kebajikan Darul Islah Malaysia.
Mereka turut bersorak berselawat, membaca asmaul husna, bernasyid, bertakbir dan melaungkan “sokong RUU” apabila melihat kenderaan MP memasuki pagar parlimen.
Sementara itu di dalam dewan parlimen, telah berlangsung
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS – Marang) hari ini membentangkan kali ke-2 pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.
Walau bagaimanapun presiden PAS itu memohon menjelaskan lagi pada sesi yang akan datang.
Pindaan rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM100,000 dan 100 kali sebatan.
Hukuman semasa Mahkamah Syariah ketika itu adalah maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

http://www.theaseanjournal.com/archives/12722
© all rights reserved
made with by templateszoo