NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perlekeh sumbangan banjir satu hinaan

Umum mengetahui, kebiasaannya barangan atau makanan yang hendak disumbangkan kepada mangsa banjir adalah dalam kategori umum iaitu boleh serta sesuai digunakan dan dimakan oleh sesiapa saja tanpa mengira fahaman agama atau lebih mudah difahami, ianya mesti halal.

KUALA LUMPUR 7 Jan. – Ke­nyataan berbaur perkauman oleh bekas pemimpin DAP, Hew Kuan Yau memperlekehkan sumbangan kemanusiaan untuk mangsa banjir di Pantai Timur dianggap sebagai satu penghinaan kepada mereka yang sedang ditimpa musibah bencana alam itu.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, bekas pemimpin DAP itu tidak sepatutnya mempersoalkan sama ada sumba­ngan tersebut mempunyai sijil halal atau sebaliknya kerana ia seolah-olah ti­dak menghormati perasaan mangsa banjir yang amat memerlukan soko­ngan seluruh rakyat ketika ini untuk menempuh dugaan itu.

Beliau berkata, umum sudah mengetahui kebiasaan barangan atau makanan yang disumbangkan kepada golongan itu adalah dalam kategori umum iaitu sesuai digunakan dan dimakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira fahaman agama dan semestinya ia adalah halal.

“Adakah Kuan Yau ini sengaja mahu menya­kit­kan hati mangsa banjir di Pantai Timur terutama di Kelantan? Apa yang beliau cuba buktikan sehingga terlalu dangkal fikirannya?

“Mangsa-mangsa banjir bukan sahaja terdiri daripada bangsa Melayu tetapi pelbagai latar belakang kaum dan keturunan. Secara peribadi saya mengecam kenyataan tidak berilmu beliau yang boleh dianggap menghina sebegini. Sekurang-kurangnya hormatlah keadaan mang­sa yang amat memerlukan sokongan rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

(Utusan Online)


Kenyataan Media Datuk Huan Cheng Guan
6hb Januari 2017

DAP MAHU BAGI BABI KEPADA MANGSA BANJIR KER?

Kenyataan berbaur perkauman oleh bekas pemimpin DAP Hew Kuan Yau memperlekehkan sumbangan kemanusiaan daripada kaum Cina, samada barangan sumbangan tersebut memerlukan sijil halal ataupun tidak, sudah memperlihatkan separas mana IQ otaknya.

Adakah persoalan dibangkitkan Kuan Yau ini sengaja untuk menyakitkan hati mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur terutama di negeri Kelantan? Apa yang beliau cuba buktikan sehingga terlalu dangkal fikirannya?

Umum mengetahui, kebiasaannya barangan atau makanan yang hendak disumbangkan kepada mangsa banjir adalah dalam kategori umum iaitu boleh serta sesuai digunakan dan dimakan oleh sesiapa saja tanpa mengira fahaman agama atau lebih mudah difahami, ianya mesti halal.

Secara peribadi saya mengecam kenyataan tidak berilmu daripada Kuan Yau. Tak perlu keluarkan kenyataan yang boleh dianggap menghina sebegini. Sekurang-kurangnya hormat keadaan mangsa yang amat memerlukan sokongan rakyat Malaysia untuk meneruskan hari-hari mendatang. Seperkara yang perlu diingat bahawa mangsa-mangsa banjir bukan saja terdiri daripada bangsa Melayu tetapi pelbagai latar belakang kaum dan keturunan.

Kuan Yau perlu simpan sedikit sifat kebodohannya daripada kenyataan - kenyataan seperti hari ini. Apa yang perlu diketahui oleh beliau adalah - rakyat negeri tersebut, Kerajaan Persekutuan, NGO-NGO dan banyak pihak lagi masih boleh membantu mangsa-mangsa banjir di sana tanpa bantuan daripada DAP.

DATUK HUAN CHENG GUAN
Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia


Foto oleh SEMUT


© all rights reserved
made with by templateszoo