NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pegawai Pendidikan Negeri Disiasat Kes Penipuan Pakej Umrah

Siasatan berhubung penipuan pakej umrah yang melibatkan guru di negeri Terengganu. Seramai 4,800 orang mangsa dan kerugian berjumlah kira-kira RM14.2 juta.

KUALA TERENGGANU: Polis telah memanggil Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu bersama seorang lagi pegawainya bagi membantu siasatan berhubung penipuan pakej umrah yang melibatkan guru di negeri ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata pihaknya telah merekodkan percakapan Shafruddin Ali Hussin dan pegawainya itu tiga hari lepas.

“Kita juga menerima bantuan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman bagi mengesan transaksi aliran wang serta aset yang diperolehi daripad suspek,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Katanya, kesemua suspek kini masih dalam tahanan reman bersabit laporan penipuan pakej yang sama dilaporkan di beberapa daerah lain di negeri ini. Setakat ini pihaknya telah menerima lebih 200 laporan polis berhubung penipuan itu di beberapa daerah di Terengganu termasuk Besut, Kuala Terengganu dan Marang.

Sebelum ini, Polis Terengganu membongkar kegiatan penipuan pakej umrah yang dijalankan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini yang melibatkan 4,800 orang mangsa dan kerugian berjumlah kira-kira RM14.2 juta.

Ekoran laporan itu, pada 27 Dis lepas dua orang individu iaitu pengarah dan akauntan NGO berkenaan ditahan reman bagi membantu siasatan kes berkenaan. — Bernama



© all rights reserved
made with by templateszoo