NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Tampilkan Sambutan Tahun Baru Dengan Wajah Islam


PAS Tampilkan Sambutan Tahun Baru Dengan Wajah Islam
Oleh : Zulhafeez Ahmad Zahidi

KUALA LUMPUR : Sambutan tahun baru yang diadakan seluruh negara semakin mula menampilkan kelainan dengan pendekatan berbeza bukan sekadar sambutan biasa bahkan diisi pelbagai bentuk pengisian ilmiah.
Antaranya perkongsian ilmu bersama asatizah tanah air, kisah penghijrahan selebriti yang terus bertekad mendekati Islam, forum santai anak muda serta beberapa lagi pengisian untuk semua lapisan masyarakat.
Usaha PAS untuk mengubah pendekatan untuk mengelakkan aktiviti yang lalai sedikit sebanyak telah mula mendapat tempat di hati masyarakat tempatan.
Seperti contoh sambutan yang diadakan di Kelantan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, begitu juga di beberapa buah negeri.
Negeri Kelantan dibawah pentadbiran PAS sentiasa membawa pembaharuan disamping menampilkan cara Islam agar ia terus dekat di hati rakyat.
Terdapat juga sambutan tersebut dianjurkan dibawah seliaan Dewan Pemuda PAS Negeri dengan menampilkan pimpinan anak muda dan ikon anak muda sebagai tarikan sambutan itu.
Begitu juga sambutan di Selangor anjuran kerajaan negeri dengan penyertaan GeMS ( Generasi Muda Selangor) turut mendapat sambutan hebat dari dalam anak muda.
Iringan doa dan selawat mengiringi sambutan tanpa laungan dan hiburan melalaikan mampu memberikan kesan kepada jiwa mensyukuri nikmat Allah SWT.
Perkembangan yang mula mendapat tarikan mampu dijadikan lapangan dakwah untuk menyampaikan Islam dengan cara berbeza walaupun matlamatnya sama.
1 Januari 2017
@CCPnews

Sumber: https://www.pas.org.my/artikel-umum/10435-pas-tampilkan-sambutan-tahun-baru-dengan-wajah-islam


© all rights reserved
made with by templateszoo