NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Laporan banjir di Pantai Timur

Mangsa banjir di Kelantan kekal kepada 12,636 dari lapan daerah sehingga pagi ini. Situasi banjir di Terengganu bertambah baik, jumlah mangsa terus berkurangan dengan 9,816 orang masih berada di pusat pemindahan.
KOTA BHARU: Mangsa pemindahan banjir di Kelantan kekal kepada 12,636 dari lapan daerah di negeri ini sehingga pagi ini.
Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada di paras bahaya manakala Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah, mencatat bacaan berjaga-jaga.
Mangsa daripada 4,307 keluarga kini ditempatkan di 62 pusat pemindahan dari Pasir Mas, Kuala Krai, Tanah Merah, Machang, Tumpat, Bachok, Kota Bharu dan Pasir Puteh.
Berdasarkan portal e-Banjir, Jeli yang sebelum ini mencatatkan jumlah mangsa paling ramai sudah pulih sepenuhnya, selepas kesemua pusat pemindahan di daerah berkenaan sudah ditutup.
Sehingga jam 7 pagi ini, Pasir Mas masih mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 8,679 mangsa daripada 3,131 keluarga yang ditempatkan di 34 pusat pemindahan.

Di Kota Bharu pula terdapat seramai 715 mangsa dengan 184 keluarga; Tumpat 1,965 mangsa (649 keluarga); Tanah Merah 314 mangsa (79 keluarga); Pasir Puteh 568 mangsa (160keluarga); Kuala Krai 40 mangsa (8 keluarga) dan Bachok 110 mangsa (28 keluarga) - BHONLINE

KUALA TERENGGANU: Situasi banjir di Terengganu bertambah baik malam ini dan jumlah mangsa terus berkurangan dengan 9,816 orang masih berada di pusat pemindahan berbanding 10,952 petang tadi.
Jumlah terkini itu membabitkan 2,968 keluarga di 121 pusat pemindahan banjir.
Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi aplikasi Infobanjir, mangsa banjir di Besut berkurang kepada 4,226 orang (1,207 keluarga) berbanding 4,417 orang (1,225 keluarga) sebelum ini.
Hulu Terengganu pula merekodkan 2,780 orang (956 keluarga) berbanding 3,343 orang (1,117 keluarga) petang tadi, manakala mangsa di Setiu turun kepada 1,338 orang (409 keluarga) daripada 1,731 orang (647 keluarga).
Bagaimanapun, Dungun mencatat sedikit pertambahan iaitu 763 orang (205 keluarga) berbanding 686 mangsa (187 keluarga) petang tadi, manakala keadaan banjir di Kemaman juga bertambah baik dengan hanya 598 orang (161 keluarga) masih berada di pusat pemindahan berbanding 701 orang (186 keluarga) sebelum ini.
Di Kuala Terengganu, mangsa meningkat sedikit kepada 72 orang (186 keluarga) berbanding 43 orang daripada 13 keluarga sebelum ini, manakala mangsa di Marang bertambah kepada 39 orang daripada 13 keluarga berbanding 31 orang daripada 11 keluarga petang tadi.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan hanya dua sungai iaitu Sungai Dungun di Jambatan Jerangau dan Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu yang mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya setakat 10 malam ini.
Untuk rekod, awal pagi tadi enam sungai di empat daerah mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya. – BERNAMA


© all rights reserved
made with by templateszoo