NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kit Siang kena cerdik sikit

Matlamat Pas tetap sama iaitu melawan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya, bukannya menyokong parti pemerintah itu.


Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, hal ini kerana matlamat Pas tetap sama iaitu melawan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya, bukannya menyokong parti pemerintah itu.

“Kit Siang kena cerdik sikit, jangan buat kenyataan tidak menentu sebab itu satu bentuk tuduhan. Bila pula kita kata nak sokong Najib.

“Pas masa pilihan raya kita memang nak lawan UMNO, bukan sokong dia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Ketika ditemubual sebuah akhbar berbahasa Cina, Kit Siang dilaporkan berkata, DAP tidak mampu berbuat apa-apa sekiranya Pas mahu menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan cara mewujudkan pertandingan tiga penjuru dalam PRU-14.

Mengenai kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mohd. Amar berkata, setakat ini, kedua-dua belah pihak belum mencapai kata putus meskipun sudah dua kali bertemu dan berbincang.

Beliau turut mengulangi alasan pemimpin tertinggi Pas tidak menghadiri pelancaran PPBM di Selangor, baru-baru ini kerana dua seterunya, DAP dan PAN turut hadir dalam majlis tersebut.
(Utusan Online)
© all rights reserved
made with by templateszoo