NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Khalid Ibrahim Sokong RUU 355 Di Parlimen

"Saya tidak fikir undang-undang itu melanggar hak orang bukan Islam. Ia akan mewujudkan keadilan. "

BANGI, 8 Muharram 1438H, Ahad – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, beliau akan menyokong cadangan Pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Akta 355) yang diusulkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata, tiada salah untuk menyokong cadangan pindaan Akta 355 bagi mengukuhkan Mahkamah Syariah di Malaysia dan menyifatkan ia sebagai undang-undang yang tidak berat sebelah.

"Saya menyokong. Saya fikir konsep Syariah adalah berdasarkan keadilan.

"Orang yang tidak percaya bahawa hudud baik untuk dilaksanakan walaupun akta itu tiada kaitan dengan hudud. Ia adil untuk orang Islam dan bukan Islam," katanya kepada pemberita, hari ini.

Usul persendirian yang dibawa oleh Hadi itu adalah bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang sedia dibahaskan di Dewan Rakyat pada bulan ini.

Mengulas lanjut Khalid berkata, pindaan yang dicadangkan itu tidak akan membahayakan orang bukan Islam dan jika ada yang tidak bersetuju, ia boleh diselesaikan secara baik.

"Saya tidak fikir undang-undang itu melanggar hak orang bukan Islam. Ia akan mewujudkan keadilan. Jika undang-undang tidak adil, kita perlu bekerjasama memastikan ia adil," katanya.

Usul itu dibentang bagi meminda Seksyen 2 akta berkenaan untuk menyebut Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A yang menyebut dalam melaksanakan undang-undang jenayah di bawah seksyen tersebut, Mahkamah Syariah mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman berkaitan kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen berkenaan selain hukuman mati.

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31967
© all rights reserved
made with by templateszoo