NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

⁠⁠⁠KETUA Amalnita Malaysia Raikan Bantuan Kemanusiaan Malaysia Untuk Etnik Rohingya


“When The Women Suffer, The Children Suffer and that’s the next generation and please come and help our mission” 

KG DELEK- Adun Selat Klang, YB  Dr Halimah Ali berkesempatan meluangkan masa mengiringi Pengerusi Kelab 1 Malaysia, YB Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang hadir mewakili Kerajaan Malaysia bagi melawat pusat pengumpulan barangan makanan dan pakaian untuk pelarian Rohingya di Masjid Nurul Amin Kg Delek, Pagi tadi.

Turut sama di dalam lawatan iaitu, Tim. Presiden Yayasan Amal Malaysia, Tn Hj Jamuliddin Elias, Cikgu Azmi sebagai Presiden Mappim dan NGO seluruh negara turut serta hadir. 

YB Dr Halimah Ali dalam ucapannya berkata, beliau merasa gembira dengan misi seperti ini dan patut menjadi pencetus kepada pihak yang bersama sama menyokongan misi tersebut supaya menjadikan Malaysia sebagai contoh untuk menjayakan misi kemausiaan ini. 

Dr Halimah Ali yang juga ketua Amalnita Malaysia, menyeru kepada semua wanita dan ibu-ibu bahawa mereka perlu merasai penderitaan mereka disana “When The Women Suffer, The Children Suffer and that’s the next generation and please come and help our mission” Beliau berkata demikian sewaktu sessi sidang media bersama Pengerusi Kelab 1 Malaysia di perkarangan Masjid Nurul Amin Kg Delek.

Munurut YB Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, sebanyak 50 masjid di seluruh negeri Selangor termasuk Masjid Nurul Amin Kg, Delek sebagai pusat Pengumpulan Barangan makanan dan pakaian yang diketuai oleh YB Dr Halimah Ali selaku Adun Selat Klang. 

Ujarnya lagi, misi penghantaran bantuan ini akan bermula dari 31 januari hingga 3 Februari 2017 dengan melalui jalan laut dengan bekalan 1500 Tan dengan anggaran 300 Tan beras.Beliau turut memberitahu bahawa kerajaan Myanmar tiada apa-apa masalah berkaiatan misi ini Cuma pihak mereka (Myanmar) tidak menerima maklumat tentang aktivis dan sukarelawan yang bakal ke sana.
© all rights reserved
made with by templateszoo