NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jom Bantu Happy Lunch (ءادغلا ةحرف)

Saya yakin walaupun ianya hanyalah menu ringkas namun ianya mampu mengalas perut dan mengukir senyuman pada wajah mahasiswa/i saya untuk terus mengikuti sesi kuliah di sebalah petang setelah sesi kuliah pagi diikuti mungkin tanpa sarapan atau hanya meminum air sejuk sahaja

Terdapat lebih kurang 300 orang mahasiswa/i yang sedang menuntut di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dalam pelbagai jurusan dan program terdiri dari keluarga miskin, terdapat di antara mereka pendapatan keluarga di bawah RM1000 sebulan. 

Banyak institusi dan orang perseorangan yang telah menyumbang kepada Tabung Kebajikan Pelajar APIUM yang diurus oleh Jawatankuasa Kebajikan di peringkat Akademi. Hasil dari sumbangan tersebut, mereka mendapat agihan wang derma atau zakat secara one-off. Adakala sekali dalam satu semester atau sekali setahun. Walalupun sumbangan itu dapat membantu mereka namun sumbangan seperti itu tidak dapat dijangka berapa kerapkah atau berapa banyak wang yang akan mereka dapat untuk setiap semester. 

Oleh kerana kehidupan seharaian harus juga diteruskan, sesi kuliah dan tutorial harus dihadiri agar proses pembelajaran dapat berjalan dengan baik, walaupun lapar atau tersepit mereka tetap juga gagahinya.  Atas rasa keperihatinan itulah saya mengambil sedikit inisiatif membantu mereka sekadar yang mampu.

Pada bulan Ramadhan yang lalu, saya bersama rakan-rakan yang baik hati telah menyediakan hidangan berbuka puasa kepada mahasiswa/i miskin yang sdang menghadapi peperiksaan pada masa itu, senyuman dan keriangan di wajah mereka amat ketara dizahirkan kepada Allah. Saya amat berbangga kerana dapat membantu mereka menempuh peperiksaan dengan menyediakan sedikit makanan untuk berbuka puasa, kini usaha untuk makan tengahari pula disediakan agar mereka dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan baik.   

Semasa saya menuntut di Universiti al-Azhar sekitar 1994-1998, saya juga pelajar miskin. Ketika itu makan tengahari saya disediakan oleh pihak universiti dan adakala oleh orang kaya yang baik hati. Menunya mudah sahaja, 2 keping roti (yang diperbuat dari gandum murah) dan dua biji telur rebus. Walaupun makanannya murah namun ianya amat membantu saya dan rakan-rakan lain yang miskin untuk terus belajar hingga jaya. Kini, giliran saya pula berbakti kepada mahasiswa/i saya yang memerlukan. Saya hanya menyediakan makanan asas untuk jamuan ringkas tengahari iaitu nasi puteh, lauk ayam atau ikan atau daging, sayur goreng, sambal lada dan air sirap. 

Saya yakin walaupun ianya hanyalah menu ringkas namun ianya mampu mengalas perut dan mengukir senyuman pada wajah mahasiswa/i saya untuk terus mengikuti sesi kuliah di sebalah petang setelah sesi kuliah pagi diikuti mungkin tanpa sarapan atau hanya meminum air sejuk sahaja.   
Sasaran  : 100 orang pelajar miskin  
Corak agihan : siapa cepat dia dapat 
Kos makanan : RM5 seorang 
Tempoh  : Setiap hari kuliah sepanjang semester (5 hari seminggu) 
Menu  : Isnin   : Nasi puteh, Gulai ayam, Sayur Kobis, Sambal dan air sirap     
Selasa   : Nasi puteh, Sup ayam, Sayur Tougel, Sambal dan air sirap     
Rabu  : Nasi puteh, Gulai ikan, sayur timun, sambal dan air oren     
Khamis  : Nasi puteh, Gulai daging, acar timun, sambal dan air oren    
Jumaat  : Nasi ayam dan air sirap bandung  
Bajet bulanan : RM5 x 100 x 20 hari = RM10,000.00 sebulan 

Bentuk tajaan atau sumbangan untuk seorang pelajar : 

Sehari RM5        
Seminggu RM25         
Sebulan RM100        
Satu semester RM500

Saya akan menyediakan makanan mengikut kemampuan dana yang ada, jika dana itu cukup untuk 50 orang setiap hari, hanya 50 hidangan sahaja akan disediakan.  

Memandangkan projek ini hanyalah bantuan kecil, saya seorang sahaja yang mengurusnya dengan dibantu oleh Persatuan mahasiswa Universiti Malaya, segala aktiviti dan laporan kewangan akan saya nyatakan dalam laporan bulanan dan boleh dilihat oleh kawan-kawan di laman FB saya.

 Jika dana bantuan yang diterima adalah besar dan berpanjangan saya akan melantik jawatankuasa kerja atau menyerahkannya kepada pihak Akademi Pengajian Islam, UM agar pengurusannya lebih baik dan telus.  

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan saya di 016-6659505 (WhatsApp) dan jika ingin menyumbang bolehlah bank in di akaun Maybank 162740001482.    

Terima kasih kepada semua yang sudi menyumbang untuk mahasiswa/i APIUM.   

Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid
© all rights reserved
made with by templateszoo