NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isteri Adenan calon PRK Tanjung Datu?


"Dua daripada calon yang diramal adalah anak Adenan, Abdul Aziz, 44, dan Jamilah, Beliau adalah wajah yang bukan sahaja dikenali penduduk di Tanjung Datu, tetapi juga rakyat Sarawak." - Dr Jeniri Amir 
PETALING JAYA: Dermawan Puan Sri Jamilah Anu mungkin bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu yang kosong susulan kematian suaminya, bekas ketua menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

Menurut sumber dalam pentadbiran negeri, nama beliau dicadangkan kepada pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti yang dipimpin Adenan sejak 2014.

“Jamilah adalah calon utama kerana banyak sebab, salah satunya kerana beliau biasa dengan pengundi,” kata sumber berkenaan kepada FMT.

Jika itu berlaku, Jamilah akan menjadi wanita ke-2 yang bertanding bagi kerusi di Sarawak dikosongkan disebabkan kematian suami masing-masing.

Pertama adalah Datin Mastura Mohd Yazid yang memenangi pilihan raya kecil Kuala Kangsar tahun lepas. Mastura tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam politik.

Suaminya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan, meninggal dunia dalam nahas helikopter hanya beberapa hari sebelum pilihan raya Sarawak pada Mei 7.

Jamilah terkenal dengan aktiviti amal dan sukarela. Beliau dilaporkan banyak menyumbang dalam bidang pendidikan, kesihatan dan alam sekitar.

Wanita berusia 61 tahun itu juga popular di kalangan rakyat Sarawak yang sudah biasa dengannya, menyaksikan ikatan kasih sayang antara Jamilah dan Adenan.

Sementara itu, New Sunday Times dalam satu laporan hari ini memetik sumber yang rapat dengan PBB berkata, parti itu sudah mengenal pasti 5 calon bagi pilihan raya kecil.

Dua daripada calon yang diramal adalah anak Adenan, Abdul Aziz, 44, dan Jamilah, kata penganalisis politik Dr Jeniri Amir yang merupakan individu yang kuat walaupun melalui tempoh mencabar.

“Beliau adalah wajah yang bukan sahaja dikenali penduduk di Tanjung Datu, tetapi juga rakyat Sarawak,” katanya kepada akhbar New Sunday Times.

Sumber yang dipetik akhbar itu turut berkata, 3 calon lain ialah rakan Adenan yang membantu menyelesaikan isu melibatkanTanjung Datu.

Adenan meninggal dunia akibat komplikasi jantung, Rabu lalu. Beliau mengetuai BN Sarawak bagi kemenangan besar pada pilihan raya negeri, mendapatkan 71 daripada 82 kerusi DUN.

Beliau memenangi kerusi Tanjung Datu dengan majoriti 5892 undi.
© all rights reserved
made with by templateszoo