NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Israel Mahu Serang Syria – Penganalisis

Serangan Israel merupakan petunjuk jelas bahawa rejim Zionis merupakan kumpulan penjenayah yang cuba membunuh penduduk Syria.


NEW YORK: Serangan roket Israel ke atas pangkalan udara Syria di Damsyik merupakan petunjuk bahawa rejim Zionis ‘mengisytiharkan perang’ ke atas negara bergolak itu.

Bekas pegawai tentera perang psikologi Amerika Syarikat (AS), Scott Bernett berkata, beliau percaya tindakan Israel itu merupakan satu provokasi untuk melihat maklum balas daripada Damsyik dengan harapan dapat mencetuskan satu lagi konflik.

“Rejim Zionis yang berada di bawah kepimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mahu mencetuskan perang dengan Syria.

“Jika berjaya, Israel akan membuka peluang kepada AS untuk campur tangan dalam konflik di Syria dan mereka mahu perkara itu berlaku sebelum Donald Trump menjadi Presiden,” katanya.

Bagaimanapun Bernett berkata, plot jahat Israel tidak akan berjaya kerana Syria dan Rusia tidak akan termakan umpan tersebut.

Beliau menjelaskan, serangan Israel jelas mencabul perjanjian gencatan senjata yang diusahakan Rusia dan Turki selain mendapat kelulusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Selain itu katanya, serangan Israel merupakan petunjuk jelas bahawa rejim Zionis merupakan kumpulan penjenayah yang cuba membunuh penduduk Syria.

“Kerajaan Syria perlu bijak membalas serangan itu menerusi perang maklumat, diplomatik dan ekonomi.

“Damsyik juga boleh meminta bantuan PBB dan menggunakan saluran diplomatik untuk membalas serangan Israel dengan mendapatkan sokongan Iran, Rusia, Turki dan Eropah.

“Syria juga boleh melancarkan serangan menerusi penyebaran maklumat di internet selain memerangi ekonomi Israel dengan memutuskan segala urusan perdagangan,” katanya.
(mStar)



© all rights reserved
made with by templateszoo