NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Islam Pasti Menang

Islam jangan campuri urusan ibadatnya, jika DAP lupa perkara ini, saya tolong peringatkan. Sudah sampai masa kita akan menentukan kedudukan kita Islam di bumi Malaysia. Jangan biarkan sifat kurang ajar bahkan melampau DAP dan koncunya berjaya mengapai agenda mereka.
DAP mempunyai kepakaran membuat kajian apa yang mereka bakal hadapi 5 hingga 8 tahun dihadapan. 2 tahun lalu mereka sudah melihat kekuatan PAS dan sokongan melayu akan beralih kepada parti Islam ini di atas penyatuan berkaitan perkara agama dan ummah.

Mereka berusaha sedaya upaya menghalang akan perkara ini belaku. Mereka sudah berjaya memecah belahkan PAS, mereka juga berjaya menanam kebencian perpaduan Islam. Mereka lawan cacang RUU355. Dap punyai strategi sulit. Mereka tidak boleh menonjol terlalu kehadapan bermusuh dengan Islam. Cukuplah untuk menyakinkan pengundi cina. Selebihnya mereka mencipta tentera melayu  untuk berlawan dengan Islam, kini sudah masuk fasa ini...

Bilamana UMNO sedang hadapi masalah besar, mereka cepat mengambil posisi dengan menanam keyakinan PAS akan bergabung dengan UMNO, mereka tahu jika UMNO menyokong RUU355 tidak mustahil undi Islam akan meningkat kepada PAS diwaktu UMNO sedang dihujung usia. 

Mereka masih pening kepala bagaimana hendak mengelak Melayu terus duduk bersama , mereka bimbang sangat perkara ini. Bila penyatuan ini berlaku seperti sokongan RUU355 dan terbaharu UMNO boleh hadir bersama PAS mengutuk kekejaman ke atas Rohinya, mereka tersangat gelabah. 

Tentera yang mereka latih dikerah serang hendap berterusan adakalanya bertempur diruang terbuka. Akan tetapi mereka menyedari semakin mereka menyerang, semakin kuat penyatuan ini terarah. 

Ini lah semangat melayu dan Islam di Malaysia yang ada, Islam boleh bersabar, tapi ada had dan batasnya. Raja melayu jangan dicabar, Islam jangan campuri urusan ibadatnya, jika DAP lupa perkara ini, saya tolong peringatkan. Sudah sampai masa kita akan menentukan kedudukan kita Islam di bumi Malaysia. Jangan biarkan sifat kurang ajar bahkan melampau DAP dan koncunya berjaya mengapai agenda mereka.

Kepada penyokong PAS, sabarlah dengan ujian fitnah dan persepsi jahat yang berjaya ditanam dan masuk ,pengaruhi pemikiran kita. Yakinlah jalan yang dipilih oleh Presiden PAS, pemimpin ummah dunia alaf ini. 

Jika selama ini ada orang UMNO yang gila meroyan mendengar nama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, kini sudah ada yang memimpin tangannya, sebelum ini tidak mungkin ada ketua bahagian UMNO senyum dan tidak keterlaluan berani berselfi dengan Tuan Guru yang pernah satu ketika digelar bermacam gelaran nista, Kini sebaliknya...

Biarlah DAP yang sakit dan hancur hati mereka melihat ini, biarlah PAN terus  meraung salakan UG setiap waktu, biarlah PKR hendak mengunci mulut menjadi parti serba salah selamanya, biarlah BERSATU membenci, biarlah UMNO tergangga pelohong, pasti kita teruskan dakwah.

Jika ada ahli kita yang keliru, yakinkalah mereka dengan sirah dan sejarah nabi-nabi dan rasul. Baca kisah penyembelihan Nabi Ismail kepada mereka. Jika mereka berfikir akal logik kisah ini pasti tidak munasabah seorang Ayah sanggup menyembelih anaknya. Yakinkan mereka jangan berfikir dengan lojik akal keterlaluan jika bab Agama dan ketuhanan. Sandarkan mereka taujihat perjuangan.

Buang sikap lebel melebal, syak wasangka keterlaluan, lembutkan bahasa tutur bicara, In Sha Allah jalan penyatuan yang dirintis di atas nama Islam dan ummah pastinya di sana dijanjikan kemenangan satu hari nanti. Putrajaya bukan kiblat hakiki kita. Keredhoan Allah jualah yang membuka halangan kemenangan ini.

Percayalah.....

Naraza Muda.
Felda Jerangau, Dungun, Terengganu
05 Disember 2016

#catatanoja


© all rights reserved
made with by templateszoo