NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ibrahim Ali Akan Sertai Himpunan 355

“Kita sertai dan sokong sebagai umat Islam demi memperkasakan syariat Islam.” 

KUALA LUMPUR, 17 Jan: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali akan menyertai Himpunan RUU355 yang akan dianjurkan oleh parti PAS pada 18 Febuari ini.

Menurut Ibrahim Ali, beliau bagaimanapun akan menghadiri perhimpunan tersebut bukan atas kapasiti Perkasa tetapi atas kapasiti peribadi.

“Kita akan pergi atas kapasiti peribadi tidak atas nama Perkasa,” katanya kepada The Malaysian Times (TMT) hari ini.

Beliau yang lebih mesra dengan nama Tok Him itu berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau akan menyertai Himpunan RUU355 yang akan dianjurkan PAS bulan depan.

Beliau sebelum ini pernah mencadangkan bahawa mengumpul tanda tangan sebagai sokongan dilihat lebih baik berbanding mengadakan perhimpunan di ibu kota.

Walaubagaimanpun, jelas Tok Him, beliau akan tetap menyokong himpunan tersebut demi memperkasakan syariat Islam.

“Kita sertai dan sokong sebagai umat Islam demi memperkasakan syariat Islam,” ujarnya.

Berita lanjut di: http://www.themalaysiantimes.com.my/ibrahim-ali-akan-sertai-himpunan-355/
© all rights reserved
made with by templateszoo