NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hujan di Selatan, Pantai Timur hingga tengah hari

Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan, angin kencang Timur Laut berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku sehingga esok berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

KUALA LUMPUR: Hujan diramalkan berterusan sehingga tengah hari ini di negeri di Selatan dan Pantai Timur Semenanjung.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman web yang dikemaskini pada jam 5.33 pagi tadi, melaporkan kawasan terbabit adalah daerah Mersing di Johor; daerah Rompin, Pekan dan Kuantan di Pahang.

Turut terbabit, daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.

Selain itu, MetMalaysia melaporkan, angin kencang Timur Laut berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di perairan Condore (Vietnam) sehingga esok yang mana berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Angin kencang selaju 40-50 km/j juga dijangka berlaku di kawasan perairan Samui (Thailand), Tioman, Reef North, Palawan dan Layang-Layang yang menyebabkan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Bagi perairan Malaysia pula, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 km/j diramalkan berlaku sehingga esok di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur.

Keadaan itu menyebabkan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.


(BHONLINE)


© all rights reserved
made with by templateszoo