NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hubungi Khidmat Malaysia Terengganu, selaraskan bantuan sukarelawan banjir di Terengganu

Bagi memastikan kelancaran operasi dan keberkesanan agihan serta memudahkan pengurusan, para penyumbang adalah dimohon dengan hormatnya untuk menghubungi Bilik Gerakan Banjir Negeri/Kawasan terlebih dahulu supaya proses pengagihan boleh dibahagikan berdasarkan keperluan.
Pihak Khidmat Malaysia Terengganu merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan yang dihulurkan kepada mangsa-mangsa banjir di Terengganu samada berbentuk sumbangan wang ringgit, barangan atau tenaga.

Bagi memastikan kelancaran operasi dan keberkesanan agihan serta memudahkan pengurusan, para penyumbang adalah dimohon dengan hormatnya untuk menghubungi Bilik Gerakan Banjir Negeri/Kawasan terlebih dahulu supaya proses pengagihan boleh dibahagikan berdasarkan keperluan.

SOP ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mengelakkan berlakunya tumpuan serta lambakan sumbangan barangan dan tenaga di  lokasi tertentu yang dikenali ramai sementara pada masa yang sama menyebabkan ada beberapa lokasi yang tak dikenali tidak menerima bantuan yang sepatutnya.

Lambakan dan pengabaian ini boleh dielakkan apabila fungsi kewujudan Bilik Gerakan Banjir Khidmat Malaysia dimanfaatkan sepenuhnya untuk penyelarasan operasi.

Kami boleh dihubungi:

Pengarah Khidmat Malaysia Terengganu: Dr Azman (0199421964)

Setiausaha Khidmat Malaysia Terengganu: Abdul Hadi (0139339662)

Ketua Bilik Gerakan Hulu Terengganu: Mat Safari (01140353555)

Ketua Bilik Gerakan Setiu: Yunus  (0199115167)

Ketua Bilik Gerakan Besut:
Abdul Rahim (0179753238)

Ketua Bilik Gerakan Kuala Nerus: Syed Ibrahim (01112924397)

Sekali lagi kami rakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas segala kemurahan hati para penyumbang.

Terima kasih

Dr Azman Ibrahim
Pengarah Khidmat Malaysia Terengganu
6/1/2017


© all rights reserved
made with by templateszoo