NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harga emas naik

Peningkatan harga komoditi itu adalah ekoran langkah pelabur yang beralih membeli logam berharga.

KUALA LUMPUR: Harga emas kembali dalam aliran meningkat apabila mencatat paras tertinggi baru dalam tempoh tujuh minggu iaitu pada RM171.95 satu gram atau AS$1,196.06 satu aun troy.

Peningkatan harga komoditi itu adalah ekoran langkah pelabur yang beralih membeli logam berharga setelah Donald Trump, pada sidang media sulungnya sebagai Presiden Amerika Syarikat semalam, gagal memberi gambaran jelas mengenai dasar fiskal yang bakal dilaksanakan.

Situasi berkenaan juga memberi tekanan kepada dolar AS, yang mana menyaksikan ia lemah berbanding sebahagian besar mata wang global. Mata wang AS itu susut 0.0097 berbanding ringgit kepada RM4.4625 sedolar.

Firma penyelidikan komoditi global, Karvy Commodity Research dalam nota penyelidikannya, berkata harga emas meraih manfaat daripada kelemahan dolar AS.

“Pergerakan harganya kini adalah tertumpu kepada langkah Trump dalam mencorakkan ekonomi AS. Ia akan mengakibatkan harga komoditi mengalami kadar naik-turun yang tinggi,” kata firma berkenaan.

Harga emas, katanya berpotensi melonjak kepada AS$1,200 satu aun, manakala paras sokongannya adalah pada AS$1,183-AS$1,185 satu aun.
(BHONLINE)
© all rights reserved
made with by templateszoo