NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

H355 : Seru Orang Islam Hadir, Bukan Islam Jangan Sangsi

 
Beri kesempatan kepada umat Islam, dapat melaksanakan syariatnya, sebagaimana seluruh agama lain, diberi ruang sebebas-bebasnya untuk melaksanakan tuntutan agama mereka.- YB Ustaz Satiful Bahri Mamat

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu menyeru kepada semua lapisan masyarakat Islam untuk hadir ke Himpunan 355 yang bakal diadakan di Dataran Merdeka pada 18 Februari ini, bagi menzahirkan sokongan mereka.

Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 bakal dibawakan oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS itu sangat penting kerana ia akan mengangkat martabat undang-undang syariah di Malaysia.

Lebih daripada itu, pindaan ini bakal memberikan manafaat yang besar terutamanya kepada generasi akan datang.

Manakala bagi kaum bukan Islam pula, mereka tidak perlu merasa sangsi bagi memberikan sokongan kepada pindaan ini kerana RUU355 ini adalah sebahagian daripada tuntutan dalam Islam.

Seruan ini dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat selepas selesai mesyuarat Dewan Harian PAS Terengganu di Kampung Pauh, Telemong Khamis lalu.

“Saya juga mengambil kesempatan ini, menyeru kepada seluruh ahli parlimen supaya member sokongan tanpa berbelah bahagi dan untuk melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

Supaya benar-benar memberi kesempatan kepada umat Islam, dapat melaksanakan syariatnya, sebagaimana seluruh agama lain, diberi ruang sebebas-bebasnya untuk melaksanakan tuntutan agama mereka.

Maka berilah peluang kepada kami umat Islam, untuk dapat melaksanakan syariat kami, yang padanya jalan-jalan taubat untuk membersihkan kesilapan,” seru beliau.

Beliau yang juga Adun Paka turut yakin, pindaan ini akan dapat menyelesaikan banyak permasalahan khususnya yang melibatkan pelbagai jenayah sosial yang semakin hari katanya, semakin parah.


Islam tegas beliau, sememangnya merupakan satu penyelesaian kepada masalah masyarakat sebegini.
© all rights reserved
made with by templateszoo