NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

#H355 : Himpunan Aman & Harmoni

Himpunan 355 ini tiada perarakan jalanraya, tiada gerakan anti keamanan dan tidak mengancam kestabilan negara. Malah himpunan ini akan diserikan dengan pedoman agama yang akan dibimbing oleh Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus. 

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Pengarah Himpunan 355
https://telegram.me/nasrudinhassan

1. H355 adalah singkatan kepada Himpunan 355. Satu himpunan aman dan bertujuan untuk mengharmonikan ummah dalam memperjuangkan isu pindaan Akta 355.

2. #H355 ini dianjurkan oleh Sekretariat H355 yang menggabungkan ratusan ngo-ngo Islam, parti politik, individu, aktivis masyarakat dan turut mendapat sokongan dari kalangan non muslim.

3. MCA tidak perlu melatah. Malah tidak perlu siapa pun menentang himpunan ini. Justeru himpunan ini akan dianjurkan secara tertib dan mematuhi undang-undang serta dilangsungkan secara aman, harmoni dan mendidik rakyat.

4. Himpunan 355 ini tiada perarakan jalanraya, tiada gerakan anti keamanan dan tidak mengancam kestabilan negara. Malah himpunan ini akan diserikan dengan pedoman agama yang akan dibimbing oleh Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus. 

5. Himpunan 355 turut dimaknakan dengan Solat Hajat perdana dimana kami akan mengundang Sohibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan Dato' Dr Zulkifli Al Bakiri untuk membimbing munajat dan menyampaikan Kuliah Khas mengenai RUU 355.

6. Pihak Sekretariat penganjur H355 juga membuka jemputan ini kepada semua pihak individu, ngo, parti politik, agensi kerajaan dan mana jua pihak termasuk non muslim untuk menyertai himpunan gergasi H355 pada 18 Feb 2017 kelak.

7. Kita mengharapkan himpunan ini dapat diadakan di Dataran Merdeka pada tarikh yang dijadualkan. Permohonan dari pihak Sekretariat Penganjur telah dihantar kepada pihak berwajib. Insyaallah, dalam masa terdekat ini kami akan turut mengadap pihak YB Dato' Menteri Wilayah, Dato Bandar dan PDRM bagi berbincang secara beradab dan tertib. 

8. Kami yakin pihak kerajaan boleh menimbang permohonan yang telah kami hantar itu dengan baik insyaallah.

Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera

Sekian.

10 January 2017
11 Rabiul Akhir 1438
Pelindung Perdana, Beserah



© all rights reserved
made with by templateszoo