NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gandingan Pemimpin PAS dan Menteri beri keuntungan kepada Melayu Islam, kata penganalisis

"Isu ini perlu dilihat dengan teliti kerana apa yang dimaksudkan dengan 'pro' antara PAS dan Umno hanya melibatkan isu undang-undang syariah, isu yang dibawa PAS yang memerlukan kerjasama, persetujuan dan sokongan Umno.Dalam konteks itu saja PAS duduk semeja dengan Umno semata-mata untuk merealisasi apa yang mereka perjuangkan, tapi dalam konteks lain saya tak nampak PAS semeja dengan Umno. - 
Edwin Michael.

SHAH ALAM: Gandingan beberapa pemimpin PAS bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam program penerangan berkaitan Rang Undang-undang 355 (RUU355), akan memberikan keuntungan kepada pengundi Melayu Islam, demikian pandangan seorang penganalisis politik, Edwin Michael.

Edwin bagaimanapun menolak bahawa 'gandingan' itu menguatkan lagi tanggapan mengenai kerjasama politik antara kedua-dua parti.

"Isu ini perlu dilihat dengan teliti kerana apa yang dimaksudkan dengan 'pro' antara PAS dan Umno hanya melibatkan isu undang-undang syariah, isu yang dibawa PAS yang memerlukan kerjasama, persetujuan dan sokongan Umno.

"Dalam konteks itu saja PAS duduk semeja dengan Umno semata-mata untuk merealisasi apa yang mereka perjuangkan, tapi dalam konteks lain saya tak nampak PAS semeja dengan Umno," katanya.

Beliau malah berkata, dalam beberapa isu lain, PAS masih kekal melontarkan kritikan terhadap Umno-BN, antaranya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Edwin berkata demikian mengulas kehadiran beberapa pemimpin PAS antaranya Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali dan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Mohd Izani Husin bersama Jamil Khir di sebuah majlis kelab Umno di London, baru-baru ini.

Perkembangan terbaru itu menjadi perhatian sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi.

Malah ada pihak yang mengaitkan gandingan pemimpin PAS-Umno itu menguatkan lagi tanggapan tentang kerjasama politik antara kedua-dua parti berkenaan.

Bagaimanapun Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus kemudian tampil menjelaskan kehadirannya di majlis berkenaan adalah salah satu daripada beberapa acara bersama rakyat Malaysia untuk penjelasan pelbagai isu politik tanah air.

Antaranya ialah program penjelasan RUU 355, yang mana RUU itu merupakan inisiatif PAS yang disokong oleh kerajaan persekutuan.

Dalam pada itu, ujar Edwin, kerjasama antara PAS dan Umno itu menjadi 'asas' kepada DAP untuk mencari jalan memburukkan imej PAS di mata pengundi.

"Dalam konteks lain, bagaimana DAP guna kesempatan ini untuk terus mencalar kredibiliti PAS, selepas pilihan raya DAP dan PAS ada banyak isu yang tak sehaluan.

"Dan bila ada kerjasama sebegini, DAP dilihat terus menggunakan isu ini untuk tunjukkan kepada masyarakat Cina khususnya, bahawa PAS tidak relevan dalam konteks politik pembangkang negara," katanya lagi.




© all rights reserved
made with by templateszoo